Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Darah Daging Saya

selamat sejahtera atas semua yang singgah,

31 Januari 2011

okey semua. disebabkan aku suke cerita pasal keluarga aku. aku nak jugak buat satu page untuk diorang. kot-kot aku ada die hard fan satu hari nanti. boleh la diorang belek-belek page ni. uuoh, mane nak tau kan aku akan popular nanti. wahahaha. 

meh, aku kenalkan seorang-seorang. ahli keluarga aku yang basic. yang berakar umbi Ibu-Ayah. kalau aku nak start cerita atok nenek nanti aku kene pulak cerita pasal nyoyang nyiying. serabut pulak pk. 

aku mulakan. oh. lupe lagi. ni gambar favorite aku. ni masa kenduri kawen Puan Kak Ngah dengan Ncik Abang Wan yang berlangsung hujung Januari 2011. sedar tak sedar dah dekat setahun masa berlalu.

so, automatically korang dah kenal pengantin dua orang itu adalah yang bergelar Angah. yang tengah. yang jadi tiang lampu tengah-tengah antara mereka tu Si Cantik Anggun. aku ler tu!

yang kanan hujung. yang bersongkok dan berbaju batik ala-ala Tan Sri tu, Ncik Ayah aku. nama ayah aku Borhan, orang Batang Kali panggil ayah aku Sahak. ayah aku tak rapat dengan aku. reason beliau logik, aku perempuan. kalau nak ape-ape mintak dengan Puan Mak dulu. walaupun mase kecik, aku tak suke Ncik Ayah tapi dah sampai masa sekarang ni. jangan siape berani aku Ncik Ayah aku! aku sebat depan belakang. acheh ~! propa je ni. 

yang kiri hujung. sebelah pengantin lelaki ni ialah Puan Mak. aku paling sayang Puan Mak. Puan Mak macam diplomasi keluarga mase kecik. kalau aku kecik hati lepas kena marah dengan Ncik Ayah; Puan Mak selalu pujuk. bila aku meningkat dewasa ni, Puan Mak ni aku anggap macam kawan aku. dalam gambar ni, Mak senyum nak lebar, happy habis anak nombor dua dah kawen nampak? hahaha, dah dah la tu kutuk, aku nak kenalkan nama Puan Mak ialah Norizan. 

yang duduk di barisan depan dalam gambar tu adelah Puan Along yang mendokong Adik Faizah bersama suaminya Ncik Abang Syah yang dah tukar uniform sebab kahwin berlangsung masa hujan lebat sangat-sangat. dapatla tunjuk yang beliau ni penanggah yang berjaya kan kan?

02 Disember 2011
tarikh gambar ni publish dalam Facebook oleh Puan Along. hai Adik Faris yang comel. mase kenduri awak belum ade dalam perut lagi pun. huhu! 

yang sedang menunjuk bukak mulut tu ialah Adik Faizah yang sudah bergelar Kak Long pada 11 Oktober 2011 yang lalu dengan kelahiran cucu lelaki pertama dalam sejarah keluarga Ncik Ayah. hehehe! 

walaupun muka itu ade senyum tapi si kecik ni kaki melalak tau. sangat-sangat. semoga Adik Farish boleh membesar dengan aktif macam Kak Long-nya.

kecik je kan keluarga aku. mane tahu Puan Angah buat penambahan pulak lepas ni. Amin, aku doakan. 



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.