Sabtu, 13 Oktober 2018

07 - 10 (8) : kembara 8 tahun

assalammualaikum dan selamat pagi...

malasnya nak update. lately bukanlah dalam keadaan yang baik pun untuk menulis. Lokman berpendapat supaya aku berhenti tulis blog. aku pula tidak betah untuk melakukan ini, tapi sekiranya ia memberi mudarat mungkin aku akan pertimbangkan. 

entahla, aku harap this time aku masih ada semangat lagi nak menulis. jika ada sesiapa yang merasakan penceritaan dalam ini terkena tempias dengan kehidupan masing - masing; aku mohon maaf. aku minta maaf banyak - banyak. 

aku memang bercerita hal peribadi dalam blog ni. bukan peribadi yang macam mana, lebih kepada perasaan aku atau pendapat aku tentang kehidupan aku seharian. 

jadi pada minggu lepas, dah genap lapan tahun aku bekerja sebagai jurutera. 

tahun lepas adalah yang paling mencabar setakat ini. dengan nak imbangkan antara kewangan peribadi, hati - hati manusia dan rekabentuk yang pelbagai, aku mulai depress dengan segalanya. aku mulai give up dengan banyak benda yang terjadi dalam kehidupan. 

tapi bila aku lihat kehidupan orang lain juga sama, aku mempelajari bahawa tiada siapa yang boleh membuatkan kita gembira melainkan diri kita sendiri. tiada siapa boleh menggerakkan bibir untuk senyum melainkan hati kita sendiri. 

yang paling penting, buatlah perkara yang baik dan positif dalam kehidupan. namun yang demikian, janganlah ambil kesempatan untuk menghina atau berkata buruk tentang orang yang disangka kurang ilmunya berbanding kita. kadangkala, ilmu orang tersebut pada perkara lain adalah lebih tinggi  nilainya daripada ilmu yang kita banggakan itu. 

jangan jadikan pula kejayaan kita masa lampau, sebagai satu peluru untuk kita bermegah hari ini. kejayaan tersebut hanyalah pinjaman Dia kepada kita pada masa itu. 

kehidupan ini memang dihujani oleh kegagalan - kegagalan tapi akan diberikan pelangi kejayaan pada pantulan dan biasan yang tepat pada ketikanya. 

tiada hujan. tiada biasan. tiada pantulan. tiada cahaya; maka tiada lah pelangi. 

doakan yang baik - baik dan perlakuan terbaik akan menyusul. 

itu saja yang dapat aku kongsikan untuk tulisan kali ini. 

wasalam. 


3 ulasan:

  1. Hidup ini memang payah... Tapi tak bermakna kita tak payah hidup.

    If we push ourself too hard, our life will push us back very2 hard...
    Newton 3rd law...

    BalasPadam
  2. Could not agree more with you, babe. Aku selalu pegang dengan ayat ni kalau aku terpaksa nak jaga hati orang "Do whatever that makes you happy."

    BalasPadam
  3. "My happiness, my responsibility". Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan hidup tuan blog. Jangan bersedih lama-lama (kalau boleh)..huhuu

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +