Isnin, 17 September 2018

update (49) : hari - hari diraikan

assalammualaikum dan selamat malam...

beberapa hari penting buat negara pada penghujung Ogos dan semalam iaitu Ogos 31, adalah Hari Kemerdekaan Tanah Melayu manakala September 16, adalah Hari Malaysia.

semoga pembaca blog ini, yang menetap dan warga negara Malaysia dipupuk dengan semangat cintakan negara yang mampan. semoga rasa sayang kepada negara ini memberikan kita rezeki dan rahmat dari - Nya yang tak terhingga. 

hari penting untuk jurutera jatuh pada September 15, Happy Engineer Day. semoga rakan taulan jurutera dan rakan taulan dalam bidang teknikal semakin menguasai segenap pelusuk kerja teknikal. semoga juga pengetahuan dan kemahiran yang kita peroleh memberi peluang kerjaya pada diri kita sendiri, kemudian dalam masa yang sama dapat membantu orang lain serta kemudian memberi manfaat pada generasi yang akan datang. 

belajar dari pengalaman itu boleh dibahagikan kepada dua kaedah yang sangat popular. pertama belajar dari pengalaman sendiri. kedua belajar dari pengalaman orang lain. 

mereka yang berhati - hati, pening memanjang adalah mereka yang trauma dengan pengalaman diri yang sudah - sudah. bila ia berulang kembali, pengalaman itu aku tidak mahu jadikan satu rutin atau kebiasaan. ia tidak sepatutnya berlaku seperti itu. 

walau apa pun kesukaran kita hari ini, tetaplah bersyukur kita masih ada udara. bersyukurlah kita masih ada jiwa - jiwa. dan kita masih ada Maha Pencipta. 

wasalam. 

p.s : aku sedikit penat, sedikit bengong dan sedikit bengap. namun itu semua tidak akan patahkan semangat aku untuk berusaha. ada kalanya perubahan bagaimana yang memberikan kemudahan pada kita? adakah tidak berganjak dari keputusan juga, suatu perubahan? stress aku pada level paling tinggi mencecah gila.

14 ulasan:

  1. ohh ye ke... 15hb hari jurutera? baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul.

      aku baru tau lepas tengok cerita 3 idiot.

      Padam
  2. Sempat lagi kot nak ucap selamat hari jurutera so "selamat hari jurutera".
    Semoga menjadi jurutera yang menjadi aset kepada syarikat dan bukannya liabiliti kepada syarikat.
    Baru tahu ada hari jurutera hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks mrs. A.

      aku sering jadi liabiliti kepada syarikat. aku akui benda alah ni.

      tapi banyak benda kita tak boleh ubah.

      Padam
  3. Mudah2an stress dah pergi.
    Kalau stress jadi jurutera, jadilah petani. heppi manjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      baru berjinak - jinak berkebun.

      tapi jadi petani, nampak macam mudah.

      there is also a long way to success.

      Padam
  4. Saya belajar engineering dulu tapi end up berbisnes. hehe memang minat yang buat lari jauh ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. tkpe.

      ada org cakap belajar utk ilmu nya bukan krn nama atau kaya.

      sebab rezeki tu di tangan Allah, kalau dh diberikan kita jalan utk berniaga, itulah yg sesuai utk diri kita.

      apa pun krjaya kita semoga sukses ya.

      Padam
  5. When we push ourselves too hard, stress will push us back very hard...
    Newton's Law.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Newton Law?

      F = m x a
      F = (m x v) / t

      kalau kita perlu siapkan satu - satu perkara dengan cepat maknanya

      t = (m x v ) / F

      anggaplah F sebagai data malar yang diluar kawalan kita.

      maka, segala kekuatan yang kita ada (m) perlu lah diselarikan dengan halaju yang kita ada (v).

      interesting jugak.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +