Isnin, 2 Julai 2018

cinta tahun baru (7) : hadiah hari jadi siri 2

assalammualaikum semua, selamat malam...



ini adalah sambungan daripada kisah ini cinta tahun baru (6) : hadiah hari jadi siri 1

sebelum aku tidur pada malam itu, aku telek kerongsang sambil tersenyum. takde lah teruk sangat citarasa. aku masih boleh terima cita rasa macam tu. 

cuma, dalam hal ehwal membeli pakaian. lelaki kebiasaannya akan membeli ia secara pukal. bukan macam perempuan, yang akan pilih satu demi satu berlain corak, jenama, warna dan kegunaan pakaian tersebut. 

contohnya selepas dari kerongsang tu, Lokman ada hadiahkan aku tudung. tudung pun sama corak, lain - lain warna lima helai. padan lah dengan kerongsang yang dia beli ye tak? 

apabila telefon berdering, dan aku masih lagi berjaga aku jawab telefon itu serta merta. selepas berbalas ucapan salam

Lokman : sayang marah ke?

Aku : sapa bagitau abang yang kita marah?

Lokman : takde la sebab sayang tak mesej ke call ke lepas balik tadi. ingat sayang tengah marah. 

Aku : marah, dah kenapa nak marah?

soal aku. Lokman selalu jelik dengan perangai aku yang dah disoal, dibalas juga dengan soalan. huhu. 

Lokman : sebab dapat kerongsang free. dah la kerongsang je pun kan. 

Aku : kite tak marah abang bagi kerongsang free. kite pun tak marah yang abang bagi kerongsang murah. 

Lokman : habis????

Aku : kite marah abang tipu. abang cakap hadiah ada lima, tapi ini boleh dikategorikan sebagai satu hadiah ja tau.

Lokman ketawa di hujung talian.

Lokman : kalau abang cakap hadiah satu, sayang datang tak tadi?

Aku : tak datang.

jujur aku jawab.

Lokman : hmm, itulah. sebenarnya abang hanya nak jumpa sayang. sambut hari jadi sama - sama. nak tengok sayang sihat ke tak, boleh kan?

Aku : yela, yela. tapi kite bukan sambut beria pun. kek pun takde.

sajalah aku psiko dia. hakikinya aku tak suka sangat sambut hari jadi dengan kek. tapi kalau ada orang buat sambutan tu, takde la sampai aku menolaknya.

Lokman : itulah silapnya sayang ni.

lalu Lokman sekolahkan aku berkenaan dengan tujuan mengingati hari lahir sendiri adalah lebih penting untuk muhasabah diri dan mengingatkan diri sendiri bahawa kehidupan ini makin hampir dengan kematian. dan tambah lagi, pada usia aku ini jangan mengharap pada hadiah atau sambutan kek. alasannya adalah bukan gaya hidup Islam tambah pula disertai dengan tiupan lilin segala bagai yang sah bertentangan dengan agama. Lokman juga menambah bahawa kita boleh menyambut hari jadi untuk kanak - kanak dengan atas tujuan mengajar mereka untuk mengingati tarikh lahir sendiri, mengadakan sambutan dengan doa selamat dan majlis kesyukuran atas kelahiran mereka. sekiranya ada seisi potong kek bersama kawan atau saudara mara, ia akan mengajar seorang anak - anak itu tentang silaturahim dan berkawan.

entah apa lagi ceramah tentang itu. dan aku dah tak berapa nak ingat sekarang ni. dah hampir setengah jam dengar ceramah berkaitan dengan sambutan hari jadi. aku pun mula menguap.

huhu.

Aku : abang lama lagi ke ceramah. kite ngantuk lah. lagipun, kite bukan nya kekasih hati abang kan. abang tak perlu lah susah nak bagi ceramah. abang kan suka orang lain. kan kan kan?

atas alasan yang macam ni lah, Lokman selalu panggil aku sombong. tapi aku pula beranggapan bahawa aku inginkan satu penjelasan dan menyatakan satu batasan yang perlu aku cakap. walaupun bunyi bahasa yang kasar itu.

Lokman : eh dia ni, abang cakap benda betul kan.

Aku : yela. kite faham abang cakap benda betul. tapi kenapa abang kena panjang lebar macam ni. abang sendiri cakap kita ni kawan je kan.

Lokman : entahla, jujur cakap dari hati ini, sebagai seorang insan abang sayang mastura.

suara di talian sayu dan semakin lama suara itu makin perlahan tapi aku dengar sebutir - butir dan aku terkedu di talian. kemungkinan pada masa itu, ada satu perasaan tersentuh dengan kata - kata itu yang sememangnya tak pernah diucapkan oleh orang lain kepada aku. suasana senyap seketika. seberapa lama itu,

Aku : abang cakap apa tadi kite tertidur tak dengar.

aku beri alasan.

Lokman : takda apalah. abang cuma sayangkan mastura atas sesama insan. maaflah kalau dah terceramah panjang.

Aku : eleh, dan dan sayang atas nama insan. abang saja je kan. nak pleasing kite.

aku seboleh - bolehnya ingin menolak perasaan itu, sebagaimana orang lain juga yang baru mengenali seseorang dalam hidup mereka.

Lokman : eh aku cakap betul la.

tiba - tiba masa tu, aku teringatkan novel Cinta Sang Ratu yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Cinta Sang Ratu adalah sekual novel tentang Laksmana Sunan.

jika boleh dipendekkan cerita bahawa semasa Laksmana Sunan menyelamatkan Sang Ratu daripada terkena sihirnya sendiri, Sang Ratu bertanyakan kepada Laksmana Sunan perihal menyelamatkannya. sedangkan panah sihir itu memang ditujukan kepada Laksmana Sunan pada awalnya. berikutan keampuhan pertahanan Laksmana Sunan, panah sihir itu mengenai kepada Sang Ratu semula. kemudian, kemudiannya Sunan menyelamatkan Ratu. dan dalam proses perubatan itu, Ratu sering bertanya kepada Sunan mengapa perlu dia diselamatkan; lalu Sunan menjawab ringkas bahawa atas nama insan, dia menyayangi Sang Ratu. pada plot novel itu juga, Laksmana Sunan kemudiannya berkahwin dengan Sang Ratu selepas Sang Ratu tertarik dengan Islam dan ingin belajar tentang agama murni ini.

Aku : yela tu. itu ayat buku la abang. kita pernah baca buku tu. abang pun kan?

tiba - tiba mata aku jadi segar, teringin pulak nak bergurau dengan Lokman.

Lokman : buku mana ko cakap ni, aku cakap betul - betul lah.

hahaha. aku mula ketawa.

Aku : ye buku Sang Ratu kan. tak sangka abang pun minat baca novel.

aku tambah mengusik. dengan tujuan menghilangkan rasa tersentuh dalam diri aku disedari oleh Lokman.

Lokman : aku tak pernah baca la buku tu.

jujur. pengakuan jujur dari dia. aku sangat pasti ia jujur.

Aku : samalah macam buku tu. macam mana?

Lokman : kalau sama baguslah, sah sah aku cakap benda betul.

kihkihkih. sepanjang malam itu, aku terus berbual dan bergurau senda dengan Lokman berkenaan dengan ayat yang telah menyentuh hati aku sebenarnya.

sehingga dia yang pada mulanya ambil serius sudah boleh ketawa dan sudah faham aku hanya ingin bergurau dengannya. barulah talian itu diputuskan.

dan jauh di sudut hati, selepas talian diputuskan aku terfikir tentang solat istikharah yang pernah aku buat semasa zaman belajar dahulu. dan kini aku perlukan ia kembali. kerana aku tahu, semakin aku mengenalinya semakin aku menerima pemikirannya yang seakan - akan pemikiran aku tentang perkara asas kehidupan. semakin aku rasakan bahawa benarlah bidalan mengatakan bahawa kemungkinan "ada jodoh" itu bermaksud kita tak sama lansung, tapi saling melengkapi.

aku tamatkan cerita tentang ini sampai sini sahaja. mungkin akan ada lagi selepas ini sambungan cinta tahun baru dengan siri cerita yang lain pula.

wasalam.

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. hmm.

      ayat dia tu nk jd pick up line ja kan.

      Padam
    2. itulah...mungkin lelaki ni memang sifatnya penyayang.













      kahkah

      Padam
    3. dan dan ja penyayang.

      tp alhamdulillah la, masih ada rasional penyayangnya sampai sekarang walaupun,

      fasa kaedah sayang menyayang telah berubah bentuk.

      Padam
  2. Macam jawab kertas Bahasa melayu Penulisan SPM 2001.
    Pakcik bagi A

    BalasPadam
  3. terima kasih pakcik WP bagi A.

    masa SPM, penulisan BM saya dapat B.

    uhuhuhu.

    BalasPadam
  4. wow....terbaik ni penulisan u ni...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +