Jumaat, 6 April 2018

makanan (13) : waffle

assalammualaikum semua, selamat petang...


dah lama aku tak berkongsi kat blog. sejak aku banyak membaca benda yang first time in hand; aku jarang lah nak mencoret hal - hal peribadi. walaupun idea ibarat mencurah - curah ke ladang gandum; coco crunch. 

huhu. melawak ja. 

waffle. kalau orang melayu sebut dah tak jadi waffle dah. nak sebut waffle; keluar waffer - waffer. kihkih. nasib baik tak masuk pertandingan. masuk pertandingan nanti jadi rendang crispy pulak. ngeh ngeh. 

masa aku sekolah menengah dulu, makanan snack macam waffle, kaya ball, ice cream cone sama naik dengan perniagaan majalah dan surat khabar. 

rasanya kat pekan berdekatan dengan sekolah aku tu, hanya ada satu kedai yang macam tu. kedai tu memang menjadi kegemaran remaja - remaja macam aku. 

sambil - sambil membeli majalah / surat khabar / novel pasti akan order makanan snack macam aku sebut tu lah. 

ada satu hari tu, rasanya hari terakhir persekolahan sebelum menduduki PMR. aku singgah ke kedai tu bersama kawan - kawan. aku telefon mak, yang kebiasaannya akan pick-up aku di sekolah dan berpesan untuk ambil aku di kedai tersebut. 

kebetulan hari terakhir tu, pelajar tingkatan tiga diberi perlepasan awal selepas slip menduduki peperiksaan diedarkan oleh cikgu - cikgu masa tu lah. 

aku ceria nak ambil PMR. mungkin keputusan percubaan yang merangsangkan dan sebetulnya aku sudah mula rajin dari tingkatan satu lagi. pokoknya; masa aku tingkatan satu telah didedahkan dengan berjaya di PMR membolehkan aku membuka ruang untuk mengambil mata pelajaran sains tulen dan kejuruteraan dan macam - macam lagi. dan diberitahu bahawa berjaya di PMR akan membuka banyak pilihan untuk aku. itu yang aku begitu teruja nak belajar sungguh - sungguh. 

jadi sebab balik awal tu, aku pun berjalan kaki dengan kawan - kawan dari sekolah ke kedai tersebut. aku letak slip peperiksaan tu dalam fail jernih dan aku bimbit fail tu sepanjang perjalanan sampai ke kedai. 

tapi excited agaknya sampai kedai komik nak membaca manga Kreko kegemaran aku; jadinya fail tu keciciran.

kira tu hari Jumaat la kan. aku masih tak sedar fail aku tertinggal. hari Sabtu pagi pun aku masih tak sedar sebab aku bukan belajar pun pagi tu. aku sibuk sediakan kelengkapan nak periksa seperti basuh baju sekolah dan kasut sekolah. pergi beli alat tulis baru. mak aku yang baik telah memperkenan aku membeli semua macam baru sebab nak periksa. lepas tu dapat stokin baru. sampai jangka lukis, jangka sudut semua baru tau. sebab anak bongsu kot.

haha. 

bila menjelang malam, aku ingat nak buat final revision la. nak tengok jadual periksa yang cikgu bagi sekali dengan slip tu la. 

mula cari fail dalam beg tak jumpa. kat meja study pun tak jumpa. menggagau aku cari. nak bagi tau mak aku for sure takut kena marah. kalau tak bagi tau pulak, macam mana lah nak masuk dewan peperiksaan isnin tu. masa ni aku ingat fail aku salah letak atau hilang. aku hilang punca. 

aku finally beritahu mak lepas solat Maghrib. mak aku tak marah aku deras - deras. dia takde tinggi suara ke macam mana. mungkin dia lebih taknak aku stress. aku pulak time tu dah rasa nak menangis. dah menangis pun actually sebab tak ingat lansung fail tu ada di mana. 

lalu. mak aku cakap; pergilah solat hajat. minta pertunjuk kat Allah SWT.

tingkatan tiga time aku tu, memang aku jujur taktau solat hajat macam mana kejadian sebenarnya. aku pernah solat hajat beramai - ramai nak periksa. tu biasa buat. solat dhuha ramai - ramai kat sekolah. tu pun biasa aku buat. tapi secara personal seorang diri, bukanlah menjadi rutin. 

mak aku hulurkan buku panduan solat sunat. zaman dulu punya. versi takde gambar - gambar. hehehe.

mak aku sekali imbas menerangkan kepada aku tatacara rakaat dan bacaan surah setiap rakaat. serta doa Nabi Adam AS tentang menzalimi diri sendiri yang perlu dibaca di akhir sujud sebelum tahiyat akhir. dan diberikan juga doa selepas solat yang bahasa arab tu. 

mak berpesan lagi, kalau tak reti doa bahasa arab cakaplah melayu. nyatakan sedalam - dalam dan sejujur - jujur rasa hati dan hajat (baca sebagai : hajat yang baik dan bermanfaat) kepada Allah. mak jugak cakap ini masa berserah kepada Allah SWT sebab aku dah usaha. 

aku menangis sepanjang malam. sambil bersolat. sambil memohon ampun sebanyak - banyaknya. memohon hajat kepada Allah SWT agar kembalikan ingatan aku kepada detik - detik hilangnya fail tu.

lama berteleku sampai ke tengah malam, mak aku menjengah ke bilik dan bertanya. entah dari mana tiba waktu mak aku tanya tu, ia seperti gambaran dalam kepala otak aku. imbasan masa hari Jumaat lepas di kedai waffle tu dan rewind - forward; rewind - forward. dengan yakinnya aku cakap dengan mak benda tu tertinggal di atas rak yang terletaknya surat khabar yang letaknya di pintu masuk kedai. 

mak aku nampak lega boleh tidur. mak aku cakap, esok kita pergi cari ke kedai tu.

sepanjang malam aku tak berapa nak lelap, memikirkan slip tu. menjelang pagi dan sarapan kemudian singgah di kedai tu. kedai tu tutup.

Allahu. dugaan apa pula kali ini.

terasa longlai kaki aku.

mak aku mencari ikhtiar. minta nombor tuan punya kedai daripada rakan sepejabatnya. aku panggil Kak Maznah. kali ni, nasib menyebelahi aku. Kak Maznah ada nombor telefon pemilik kedai itu.

mak aku membuat panggilan dengan telefon bimbit barunya, Nokia 3310 masa tu. panggilan berjawab. namun jawapan bukan seperti yang diharapkan.

pemilik kedai ada di Kuala Lumpur dan akan balik pada esok hari.

aku redha je lah. mak aku masa ni dah mula nak marah aku sikit. hahaha.

sebab pemilik kedai seakan - akan tak boleh tolerate dan mak aku beri telefon pada aku untuk bercakap. aku pun merayu minta dia consider untuk balik sebab dalam fail tu ada slip peperiksaan aku.

suara pemilik kedai tadi bertukar lapang, dia cakap sebab aku dia akan cuba balik tapi dia tak janji. dia minta aku balik rumah dulu dan dia akan hubungi aku kalau dia pulang ke Kuala Kubu Bharu. 

masa ni aku pasrah je la. kalau ikutkan kedai kebiasaanya dibuka pada jam 1100 pagi dan aku pula perlu bersiap sedia untuk periksa esok jam 0730 pagi.

memang tak dapat hadam aku. aku redha aku ajak je la mak balik.

aku kind'a putus asa separuh jalan seperti tak nak amik periksa dan seperti rasa baik aku tak payah belajar rajin - rajin kalau kesudahannya tak boleh masuk periksa. 

balik rumah tengah hari tu pun aku tak belajar. aku termenung memikirkan masa depan yang kian kelam.

hahaha. poyo pulak.

petang tu, dah nak masuk maghrib. mak dapat panggilan dari pemilik kedai tu dan pemilik kedai tu cakap dia dah pulang ke kedainya dan dia tambah lagi fail aku masih dalam keadaan baik.

mak aku minta dia tunggu di kedai dan sekejapan itu kami berdua bersiap memakai tudung dan mak aku boleh tahan memecut ke kedai tu.

pintu kedai dibuka hanya sedikit sahaja. menandakan kedai itu tidak menjalankan urusniaga pada hari itu.

kemudian, aku masuk ke kedai dan mata aku terus menuju ke rak tu dan fail itu masih di situ. aku lega mengucap syukur.

rasanya aku berterima kasih kat abang kedai tu lebih 50 kali ada kot. hahahaha.

abang tu siap cakap lagi yang dia memang balik semata - mata aku. dia siap bagi ceramah supaya aku jangan buat hal tertinggal tercicir fail sebab bahaya. abang tu cakap nasib baik la takde pelanggan dia ambil fail aku bawa balik ke macam mana.

keinsafan menular ke dalam diri aku. hahaha. insaf masa tu ja.

jadi kesimpulan dengan tajuk waffle ni, sejak kejadian tu aku rasa terhutang budi dengan penjual waffle. ada duit dan ada kesempatan memang aku akan beli waffle kat mana - mana.

ingatan akan membawa aku kepada slip peperiksaan yang ketinggalan itu.

last but not least, terima kasih la kepada mak terutamanya yang banyak bersusah payah sebab anak nak periksa, kepada kawan mak yang bernama Kak Maznah dan tak lupa kepada abang non - muslim yang berhati mulia.

wasalam. 

p.s :-

1. lagu yang ada sebut nama tempat aku membesar.

2. panjang sangat cerita makanan yang takde kena mengena dengan makanan pun kan. kihkihkih.

3. terima kasih SM Botak, aku dah tukar font untuk bacaan lebih mudah dan santai.

7 ulasan:

  1. Mohon pertolongan daripada-Nya
    In syaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebetul-betulnya peristiwa ini baru pertama kali, Allah SWT tu buka hijab menunjukkan pertolongan-Nya itu paling baik.

      Padam
  2. Tetiba teringat eskrim kt kdai tu...heaven sungguh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      eskrim cone dia.

      tp ada tak perisa mint time tu.

      aku pun lupa. sebab selalu makan yg cekelat je.

      Padam
    2. Xde rsenye..raspberry dgn coklat chip ade la

      Padam
  3. Haha . macam2 .. memang buat naya kalau slip x de nak masuk exam camne cik salmah oi.. lulz.~ nasib baik la brader tu baik nak pulak dia balik buka kan kedai . rezeki lah.. Kalau dapat yg hati batu tak fikir susah org ke mcm mana, memang tak la dia nak balik semata2 org tertinggal fail kt kedai dia . =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe.

      rezeki sangat.

      kalau tak slip nnt cikgu - cikgu susah la masa nak jaga exam tu. entah kena buat apa aku lupa.

      tp mak aku dah talipon cikgu sekolah before tu, memang cikgu mintak seboleh2nya carik dulu la.

      tapi masa duduk asrama tingkatan 5 best. cikgu kelas aku pegangkan slip periksa.

      setiap kali habis exam setiap subjek. masa nak masuk dia doakan. lepas tu masa nak balik dia tanya macam mana boleh jawab ke tidak.

      dlm masa yg sama dia smpankan slip, jgn bagi student ada tertinggal ke mcm mana.

      mana agaknya cikgu salmah tu. baik sungguh. semoga hidupnya diberkati.

      amin.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +