Isnin, 30 April 2018

cinta tahun baru (6) : hadiah hari jadi siri (1)

assalammualaikum semua, selamat petang...


aku ni bukannya suka sangat counting days untuk hari jadi. masa kecil dulu, mak dan ayah selalu argue bab kek hari jadi yang dibeli lepas tu terbuang. jadi aku sebenarnya jadi tak berapa kisah dengan sambutan tu. ada syukur. takda pun syukur. 

psiko kan aku. hahaha.

macam aku beritahu sebelumnya dalam entri ini (cinta tahun baru (5) : friendzone) tahun 2011 adalah tahun pertama aku berkenalan dengan Lokman.

sehari sebelum hari jadi aku pada tahun itu, aku buat panggilan kepada Lokman. aku beritahu dia, bahawa keesokannya adalah hari jadi aku. Lokman macam gaya dia lah, tak pernah nak mengambil serius pun perkara tu. aku ajak dia keluar makan dengan aku, sekurang - kurangnya ada peneman. tapi masa tu Lokman beritahu yang dia tak boleh datang sebab kerja.

tiba - tiba dapat panggilan dari Lokman. keesokan harinya, belah petang. tak bagi salam apa benda, terus cakap :-

Lokman : datang sini tak?

Aku : mana? assalammualaikum

Lokman : walaikumsalam (sambil ketawa). datang sinilah abang dah habis pasang khemah. 

Aku : mana? (blur)

Lokman : datang Nilai. tunggu kat jam tu. abang dah habis pasang khemah. kata nak sambut hari jadi sama - sama. 

akhirnya keluar penjelasan dari Lokman.

Aku : malas lah, kita penat. nanti drive jauh - jauh kaki sakit.

aku menolak pelawaan tu. sebab aku tengok jam pun hampir jam lima petang dan dari pusat bandaraya ke pinggir bandar pada masa itu bukanlah pada timing yang sesuai. 

Lokman : ala, pergi je sayang drive nanti balik abang drive. boleh tak...?

Aku : kalau abang drive kita balik, nanti abang nak balik rumah naik apa?

soal aku. kerana jarak tempat tinggal aku dan Lokman dahulu adalah dalam dua daerah yang berbeza. 

Lokman : ala, kan kat sini ada kawan. sayang datang sini, kita makan lepas tu nanti kawan ikut sekali sampai sana, lepas tu nanti abang tumpang la kawan balik.

Aku : tak nak.

Lokman : ok macam ni, sebenarnya abang ada beli hadiah untuk sayang. bukan satu tau, tapi lima. 

aku mula senyum di talian.

Aku : nak, nak. tapi nanti abang yang bawak kereta masa balik. 

talian pun diletakkan selepas Lokman menyatakan kata setuju. 

dah sampai Nilai tu, tunggu Lokman agak setengah jam juga, baru lah Lokman habis dari kerja. sebenarnya dalam hal ni, aku mula faham satu perkara. lelaki kalau dia cakap dia dah habis kerja, dia akan kira timing dari kita akan tiba ke tempat dia. misalnya macam kes ni, dia anggarkan aku akan sampai ke Nilai satu jam setengah ke dua jam selepas buat panggilan. jadinya dia akan habis kerja dalam lingkungan waktu itu. lain pula dengan perempuan, bila dia cakap dia dah habis kerja. she is totally done. baru dia akan buat temujanji atau panggilan untuk dijemput dan sebagainya. 

sebab tu ada tular pasal seorang lelaki tak angkat panggilan isteri dia yang dah habis kerja dan end up kena culik ke apa tak ingatlah. tapi kisah sedih yang dikongsi di media sosial beberapa tahun lepas. mungkin ia berpunca daripada salah faham maksud dah siap / dah habis ni. 

ok. lari topik sekejap. 

aku pun sempat beli KFC sambil menunggu tu untuk kitorang makan termasuk kawan - kawan dia.  finally makan kat situ ja, takde nak singgah kedai makan. aku tunggu jugak la hadiah kot - kot nak bagi masa makan ke apa. sebab ada lima kan. nak bertanya malu la pula. 

aku pun buat rilek lagi. dah habis makan tu dan ambil posisi masing - masing dalam kereta nak bergerak hantar aku balik. aku tinjau lagi. kot - kot Lokman nak masukkan hadiah dalam kereta aku ke. tapi takde. adeh.

tapi aku sangka baik lagi. dia saja nanti nak bagi nanti dah sampai asrama. dia letak dulu kat dalam kereta kerja tu kan. jadi kereta aku di hadapan dan kereta kerja Lokman membontoti kereta aku sehinggalah sampai asrama. 

dalam kereta adalah menyembang sikit - sikit kemaskini hal kehidupan masing - masing. aku nak tanya pasal hadiah aku yang lima tu, aku tak nampak bayang tapi entah apa yang tersekat di kerongkong ini. dan Lokman pulak, takda bangkit hal hadiah tu sepanjang aku bercakap dengan dia. 

huhuhu. 

sampai di asrama, Lokman dah siap parkirkan kereta pada tempat kebiasaan aku. kemudian, nak keluar tu kereta tu. dia cakap,

Lokman : eh, hadiah sayang. nasib baik teringat. 

dan dan masa tu kereta kerja tu pun sampai di belakang kereta aku. aku anggap masa tu, dia nak pergi ambil di kereta belakang.

aku pun mula hati berbunga - bunga dan tersenyum pun. sekali imbas masa tersenyum tu, aku pandang Lokman yang telah keluar dari kereta kemudian mengeruk poket seluarnya. 

dan dihulurkan kepada aku bungkusan plastik jernih yang telah didawai-kokot di atasnya. 

aku buat muka blur dan Lokman tersenyum menghulurkan plastik jernih itu kepada aku. 

Lokman : selamat hari jadi sayang. nah kerongsang. cuba kira cukup tak lima.

aku mula buat muka cemberut aku. 

Aku : ni bukan lima hadiah. ni satu ja hadiah. 

Lokman : eh lima kan, cuba kira ada berapa kerongsang. ada lima kan. nasib baik abang ingat tau.

aku sebenarnya nak tergelak pun ada tengok kerongsang tu. betul - betul lima ketul dia bagi macam mana acik kedai tu bungkus, macam itu jugalah sampai pada aku. lansung tak romantik. tapi berjaya juga buat aku ketawa.

Lokman : ok tak hadiah ni. kata, sayang suka kerongsang...

dia ingatkan aku pulak. hahaha. 

Aku : yela terima kasih banyak hadiah ni. 

aku pun keluar kereta dan menghantar Lokman yang sama - sama menuju ke kereta dia. sambil mencicit kerongsang di tangan. 

lepas tu, seorang dari kawan Lokman tegur. dari dalam kereta di sebelah tempat duduk penumpang. 

Kawan Lokman : eh man, ni bukan kerongsang yang acik tu bagi free ke sebab ko repair lampu tadi?

aku pandang kembali kepada Lokman. bebola mata aku menjadi semakin tajam. Lokman pula dengan pantas menuntun ke dalam kereta. menghidupkan enjin dan kemudian memandu ke belakang dan mengambil selekoh lalu membelok ke perkarangan keluar asrama. 

memberhentikan kereta sekejapan di situ, Lokman mengeluarkan tangan dan melambai - lambai sambil ketawa dan berkata :

Lokman : babai, jumpa lagi...

dan ketawa mengiringi perjalanan dia ke rumah sambil melihat muka marah aku dapat hadiah free tu. 

huhuhu. 

(cerita ini ada sambungan) 

wasalam.

p.s : dari hadiah yang lucu ini, pernah juga beberapa tahun lepas tu Lokman bertukar memberi hadiah yang lebih serius pada aku. ia termasuk juga yang telah diperkenankan Allah SWT, hari jadi tahun 2014 aku dan dia menerima berita gembira apabila aku disahkan mengandung. kemudian lebih menggembirakan, mereka datang berdua. walaupun mereka telah pergi menghadap Pencipta, semoga mereka aman di sana.

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. hahaha.

      sbnrnya aku ok ja. walaupun skrg ni kerongsang tu ada yg dh rosak tapi aku simpan juga.

      Padam
  2. Panjang ceritanya.
    Melampau betul Lokman ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kan...

      main dan dia ja nak beli hadiah.

      Padam
  3. Hehe ayat suka kerongsang tu..Hadiah xyah plan2 pikir. Spontan je dpt dr makcik tu trus jd hadiah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, aku dulu masa bujang memang jadikan kerongsang one type of collection item.

      bunga lah, merak lah, labah - labah lah. some sort of that. dan kerongsang mcm tu tak prnh nk pakai pun.

      hargai sangat sebab dia tau aku suka kerongsang even beberapa hari kenal.

      huhu.

      Padam
  4. Hahaha .. sesetengah lelaki mmg mcm tu. Pantang dapat benda free time tu lah dia fikir nak hadiahkan kt org. Tapi kalau nama hadiah, tak kisah la dia free ke tak. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akceli aku tak kisah pun.

      cuma memang aku tau, smpai skrg kalau bab membeli semua ni aku. tk prnhnya lokman.

      baiknya pakaian aku or dia.

      cuma kalau bab hiasan rumah tu memang dia masuk cmpur.

      bab mcm ni, asal ada dan cantik kat mata aku, lokman on ja.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +