Rabu, 14 Februari 2018

pisang sesikat

assalammualaikum dan selamat petang...

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
hutang emas sanggup ku bayar,
hutang budi dibawa ke mati. 

aku membesar dengan kehadiran seorang pakcik. angah. 

satu nama yang sampai sekarang cerita berkenaan dia; termasuk kepada Lokman yang tak pernah bersua muka dengannya.

setiap kali pulang dari universiti, aku memilih untuk turun di stesen Puduraya kemudian aku akan ambil LRT dari Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Sentul Timur. dan dari stesen tersebut, angah akan menunggu aku dengan motosikalnya lalu kita berdua akan pulang ke Kampung Puah bersama - sama. ia memang menjadi rutin bulanan aku dan angah semenjak aku belajar di universiti. 

satu hari tu, kita berdua duduk lepak di dapur rumah nenek aku waktu tu hujan sangat lebat. rumah yang menggunakan atap zink, sudah lali dengan bunyi bising waktu hujan lebat. 

ada satu buku roti Gardenia dan satu tin susu manis. makanan kegemaran aku dan angah waktu hujan - hujan bersama secawan teh o suam. ada juga meggi kari berkuah bagi memanaskan badan dalam keadaan sejuk macam tu. 

kita menyembang kosong. lebih kepada bertanya khabar sebab dah beberapa bulan tak jumpa. 

angah ni dia ada satu 'perangai' yang suka tengok buku - buku sekolah aku sejak aku kecik. secara tak lansung sebenarnya; dia mengajar aku membaca. sebelum sekolah darjah satu pun aku dah pandai membaca walaupun tadika di tadika KEMAS ja. uhuhuhu. 

bumbung jenis zink sudah beberapa kali ditampal dengan tar. dan bocornya merata - rata. ada juga satu dua tempat yang masih bocor dan nenek dah stand-by baldi beralaskan kain di bawahnya.

lalu masa tu, angah ada idea agaknya nak bertanyakan aku :

Angah : agak - agak bumbung bocor ni nak kena ganti apa ya?

Aku : mana nak tau...

Angah : mastura belajar design dah sampai mana dah? design besi dah belajar?

soalan angah pada aku. 

Aku : design besi tengah belajar tapi test 1 hari tu failed. orang cakap kalau failed test 1 tu normal lah. 

aku gelak selepas back up diri buat escape clause macam tu. angah pun gelak. jujurnya masa test 1 semua orang failed. kecuali lah student yang first class namanya.

Angah : apa yang susahnya besi? ni cuba kira untuk angah berapa duit nak tukar bumbung bocor ni. 

sambil tunjuk bumbung yang bocor itu. aku menggeleng - geleng tak tau. 

Angah : laaaa. apa susahnya. lukis dulu apa nak tukar. nak tukar besi ke kayu?

Aku : tak tau. angah tanya apa ni?

aku memang blur. tersangat - sangat blur. tapi angah buat rilek ja tak marah aku. kalau tukang - tukang senior selalunya bila engineer baru masuk tapak dan cakap tak tau mesti keluar ayat ni : 
'belajar pandai - pandai tapi taktau; baik ko amik buku ko rendam minum' 

angah suruh aku ambil kertas dan lukis. perkara pertama nak buat sesuatu kerja mesti kena ada ukuran dan lukis. pada masa itu, baru aku tau yang melintang namanya gelegar yang tegak namanya kasau; entah apa lagi tapi semua istilah cantuman antara kayu membentuk kerangka bumbung; angah terangkan satu persatu. 

walaupun tak berapa faham. aku terima ja apa yang dia ajar. 

pembelajaran hari itu berakhir sehingga hujan reda. daripada apa yang angah conteng - conteng tu kan; kita berdua buat kesimpulan yang harga lima ribu ringgit tu amat mahal bagi kami berdua.

angah cakap dia akan kumpul duit kalau diizinkan Allah SWT.

tapi enam bulan lepas tu, angah disahkan mengidap penyakit kanser paru - paru tahap empat dan pergi mengadap Maha Pencipta.

sehinggakan aku murung buat pertama kalinya; mengajar aku erti kehilangan.

al-fatihah untuk arwah angah. semoga roh angah ditempatkan di golongan orang yang soleh.

wasalam.

p.s : lagu hari ni, instrumental muzik Mission Impossible; filem kegemaran arwah. huhu. saspen - saspen.

6 ulasan:

  1. pisang emas dibawa belayar
    masak sebii di atas peti
    ganti bumbung tak sanggup kubayar
    angah berbudi sampai ke mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasal ganti bumbung tu;

      setahun lps angah meninggal, pihak zakat bagi peruntukan utk nenek tukar bumbung tu.

      sekurang - kurangnya.

      alhamdulillah.

      Padam
  2. kampung puah? eh, aku baru je abis buat kerja kat situ. sebelah BHP, belakang masjid jamek saad waqqas. dengarnya situ ramai orang kaya. sampaikan aku beberapa kali terserempak ford mustang dengan beberapa ferrari lalu kat jalan gombak.

    *baru aku tau, kampung puah dengan padang balang cuma dipisahkan dengan sebatang jalan je. selama ni tengok atas peta tak berapa paham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kaseh atas penerangan terperinci botak.

      kalau lalu ikot bhp tu masuk ke dalam. nanti ko akn jumpa dua cabang jalan, satu naik bukit dan satu turun bukit.

      amik turun bukit. simpang pertama masuk kiri. then ko terus sampai jumpa sungai belah kanan, belah kiri kolam ikan.

      rumah nenek aku somewhere there.

      aku rasa nenek dah tak tinggal situ sbb dh takde siapa di situ.

      Padam
    2. Tak paham, aku lebih prefered kordinat berbanding instruction macam ni. Hahahaa..

      Baru perasan, pisang sesikat. Dulu aku cuma tau tebar layar dengan limas je. Sekarang dah masuk bidang ni siap ada jenis gajah menyusu etc...

      Padam
    3. gajah menyusur, kuku kambing...

      entah apa lagi...

      huahua.

      koordinat aku tak amik kira pulak, maybe dr kecik duduk situ.

      insya - Allah tak sesat.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +