Khamis, 15 Februari 2018

cinta tahun baru (5) : friend zone

assalammualaikum semua dan selamat petang...


Manusia yang berjaya adalah manusia yang mampu merancang;
namun Allah SWT jua-lah pembuat keputusan yang Maha Hikmah.

aku mulakan kisah ini dengan satu ungkapan. ungkapan yang bermaksud; kita masih tak boleh ubah keadaan siapa keturunan kita, siapa jodoh kita dan bagaimana hal - ehwal rezeki kita. namun yang demikian; janganlah mudah mengalah dan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih berguna berbanding dengan hari semalam. 

perkenalan aku dengan Lokman lebih kepada kawan kepada kawan. tukar - tukar nombor. calling - calling. tangkap cintan. finally kahwin. sama seperti rakyat marhean yang lain. 

cuma pada tarikh semalam, tahun 2011 menyimpan kenangan untuk aku. mungkin hanya untuk aku. Lokman mungkin dah lupa cerita ni atau mungkin dia tak tau pun cerita ni. 

pada hari itu, Lokman datang jumpa aku. tanpa dia beritahu aku. aku tau dia dah muncul di asrama dan aku terus keluar; teman dia pegi makan malam. 

lepas habis makan malam; masuk dalam kereta tu Lokman tiba - tiba buka topik untuk konon - konon 'declare our relationship' 

Lokman : yang, kita tak payah kapel - kapel la eh. kita kawan ja. 

Aku : ok, takde masalah. 

sempoi kan aku sebagai sahabat. aku sewaktu zaman bercinta dengan Lokman memang jarang ambil pusing dia nak buat apa, nak ada berapa orang perempuan sekali kawan. aku rela tak ambil tau. padahal kalau zaman budak twitter la ni, meroyan kat timeline pasal kena 'friend zone'. 

keh keh keh.

alasan aku mudah ja.

Lokman : peliknya, betul taknak kapel?

Aku : betul lah. mana ada istilah kapel - kapel ni. Islam takde kapel, kalau dah berkenan masuk meminang then kahwin. macam tu ja, kalau belum nak kahwin kita masih kawan. tak menghalalkan kita pun kalau nak pegang tangan kalau tukar status kawan tu jadi kapel kan?

tu ja, mudah kan fikiran aku. Lokman ketawa.

Lokman : betul jugak tu. takpelah. jimat duit abang, tak payah beli hadiah dua tiga kali. 

rupanya tu sebab dia gelak. tiba - tiba aku rasa 'investment' yang aku buat dengan Lokman tadi rugi. hahaha.

Aku : mana boleh, hadiah mesti kena bagi jugak. hari ni hari apa ya? 

aku gelak. sambil mengingat hari sebab nak tuntut hadiah. lalu aku tanya dia sebenar-benarnya kenapa dia memilih taknak kapel dengan aku sedangkan sejak hari keenam berkenalan aku terasa macam dia telah mengisi 100% 'kekosongan' dalam hidup aku. aku jugak yakin yang dia juga merasakan 'jiwa' yang sama. 

Lokman pun menceritakan bahawa dia ada kawan perempuan lain. bla dan bla dan bla. kalau nak cerita kat sini; tak habislah cerita 'friend zone' aku ni. 

aku sikitlah rasa cemburu tapi aku cuba lah berlagak macam ok - ok saja. lagipun aku baru ja kenal dia dalam masa empat puluh empat hari. aku sendiri merasakan dalam tempoh macam ni; tak wajar untuk aku jadi terlampau 'demanding'.

punyalah berborak panjang dengan Lokman pasal 'declare kapel' ni last - last aku tak sedar Lokman dah drive sampai Nilai. 

Aku : eh abang, kita kat mana ni?

sampai di satu tanah lapang, berhampiran dengan padang di salah sebuah kolej swasta di Nilai.

Lokman : jap, abang tengah stand - by khemah. nak tengok ada masalah ke tidak. 

terus dia melompat keluar dari kereta dan rupanya di sebelah sana ada sekelompok khemah yang dipasang. teringat pula, Lokman ada beritahu yang kerja dia pasang khemah. 

sambil keluar tu dia pesan, kalau bosan ambil la fail kotak kat belakang. ada kertas nak buat conteng - conteng. lalu dia keluar dari kereta dan pesan dengan aku supaya tidak ke mana - mana. 

aku pun buka fail tu. penuh dengan kekaguman. ada beberapa helai lukisan kekuda bumbung yang dilukis dengan tangan. memang tak lengkap perincian lukisan ni; seperti mana orang 'bijak - pandai' dan 'jurutera rekabentuk terhebat' melukis dengan perisian bernilai puluhan ribu dan bukan juga dilukis oleh seseorang yang mempunyai 'sijil kompetan' dalam pelbagai bidang bagi mengesahkan bahawa ini saya tanggung dengan nyawa dan kote saya bahawa ia adalah benar melainkan yang benar. 

walaubagaimanapun, ia adalah sambungan kerja bumbung yang jujur. yang aku rasa dapat memahaminya. lukisan itu adalah lebih kepada konsep lukisan 'taking - off'. satu lukisan yang dilukis untuk tujuan semakan harga dan barang. 

ada beberapa ruang yang Lokman kosongkan pada helaian lukisan tu, lebih kepada nilai harga. 

tiba - tiba, aku teringat arwah angah dan cerita bumbungnya. (pisang sesikat). dalam pada itu menerewang ingatan aku pada arwah. 

aku menulis sedikit ruang - ruang kosong yang ditinggalkan Lokman dalam lukisan tersebut. semampu mana yang aku tau. walaupun pada dasarnya ia tak membantu Lokman apa - apa pun. 

kemudian, aku nota kan perkataan 'selamat berjaya' di bawah lukisan tersebut dengan emoji smiley klasik dan aku tutup fail tersebut. letak pada tempatnya. 

beberapa lama selepas tu, sedang bermenung. Lokman muncul. 

Lokman : kenapa menung?

Aku : takde apa. dah siap ke, dah boleh balik?

Lokman mengambil satu botol air yang tersedia di sisi tempat duduknya dan meneguk. dan nampak mukanya sedikit berpeluh dan kepenatan.

Lokman : jap bagi abang 10 minit, nanti kita balik. 

selesai urusan Lokman, kita dua pun bergerak pulang. 

perjalanan pulang kita berdua lebih senyap dari tadi. dan Lokman memecut laju. mungkin kerana sudah larut malam. 

sampai ja di perkarangan asrama, aku tanyakan Lokman satu soalan dan sebenarnya soalan yang aku sendiri nak bagi dia ruang masa untuk berfikir. 

Aku : abang, kita kalau boleh la. kita kawan sampai kita kahwin nak?

Lokman senyum. aku jugak.

Aku : abang fikir lah dulu. bukan kita nak kahwin esok pun kan....

aku terus keluar kereta dan mengucapkan selamat tinggal tanpa menunggu jawapan Lokman.

balik ke asrama aku terus lah membuta. sebab malam dah lewat. 

entah pukul berapa, telefon aku berdering dan aku yakin pemanggilnya Lokman. aku jawab :

Aku : kenapa?

Lokman : abang dah sampai tanjung la. 

Aku : emm ok la tu, g la rehat. kita dah tidur dah ni.

Lokman : emm ok. sayang, abang rasa elok jugak kalau kita kawan sampai kita kahwin.

sambil tergelak - gelak. aku yang mamai tu...

Aku : ikut suka abang la.

terus aku letak telefon. 

wasalam. 


p.s : 

1. ramai orang berkata tentang potensi diri aku. kalau hari ini, ada orang baru jumpa dan kenal aku mengatakan bahawa aku ada potensi untuk berjaya dan pergi lebih jauh. aku dah biasa dengan perkataan itu dan aku juga dah biasa dengan kata - kata yang cakap Lokman adalah penghalang aku untuk pergi jauh; seribu orang aku jumpa. tujuh ratus cakap benda yang sama. aku sendiri tak ambil tahu pun benda tu. kerana kehidupan seharian aku masih perlu ada Lokman sebagai 'jiwa - jiwa' aku dan bukan mereka.  

2. masa lepas tetap masa lepas. dan masa kini aku dan Lokman mungkin banyak berubah berdasarkan situasi dan pengalaman diri. mungkin cerita selepas dari kisah ini bukanlah kebahagiaan ala fantasi cinderella. kita hanya manusia biasa. 


6 ulasan:

  1. Balasan
    1. seseorang pernah cakap dengan aku, kalau cari pasangan hidup carilah apa ada dalam jiwanya...

      uhuhuhu...

      emosi pulak hari ni.

      Padam
  2. Menarik . Gaya tulisan pun menarik nak baca smapai habis. "Kawan sampai kawin" tu kemain. Tu dah dikira kapel la kan cuma tak declare . haha bahaya juga situasi mcm tu, sebab nanti masing-masing ada hak untuk pergi pada org lain sbb tak ada kata apa-apa sebagai pengikat. Tapi alhamdulillah, kawen juga korang.. haha..

    All the best untuk awak dan lokman.

    Jaga diri !
    xoxo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai zhi...

      kawan jugalah macam kapel. tapi kita takde la sambut anniversary kapel bagai - bagai ni.

      takde beria - ia la hal ehwal ni semua.

      bahaya juga. baik - baik lps ja mcm ni terus tunang...

      tp kita merancang, Allah jua menentukan...

      Padam
  3. Betul, perancangan Allahlah yang terbaik.
    Semoga terus sehaluan dan berkekalan

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +