Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 6 Januari 2018

makanan (11) : udang galah

assalammualaikum semua, selamat malam...

 

pertama kali bercerita penangan mengidam. teringat macam mana menjejehnya air liur nak makan udang galah. masa dulu lah. mengandung sebelum keguguran dan meninggalnya anak.

tapi sekarang; aku seperti mendapat manfaat daripada peristiwa itu.

aku ni semenjak berkahwin dengan Lokman; sejak banyak benda sangat yang jadi dalam hidup aku. aku jadi seorang yang jarang meminta - minta pada orang lain. kecuali lah Lokman.

selalunya aku akan pendam perasaan tu.

tapi bila bercerita hal mengidam. it is a different story. jadi sesiapa lelaki yang masih belum berkahwin dan tak faham maksud mengidam tu; tanyalah mereka yang berpengalaman.

jadi nak jadikan cerita masa mengandung si kembar tu; aku mengidam nak makan udang galah. dan biasanya bila mengidam benda tu tak datang pulak.

time tak mengidam, Allah tak bagi ujian tu elok je pulak bersepah udang galah. nak beli jumpa. nak beli ada duit. nak gi mancing pun dapat.

anggap je lah itu semua dugaan dari Allah. ia menjadikan kita seorang yang lebih mudah meneruskan kehidupan.

sambung balik.

selepas insiden mengidam. tak dapat.

actually aku dapat ja makan udang harimau yang besar - besar masa kenduri nak puasa di rumah cik yun. dan time tu memang aku makan banyak - banyak la. huahua.

yang paling terkesan dalam insiden tak dapat makan udang galah ni rupa - rupanya Lokman.

lepas anak aku gugur. dia ambil beberapa inisatif untuk belajar tangkap udang galah. misi dia satu ja, dia nak dapatkan segemuk tapak tangan dan sebesar - besar lengan.

jadi dia dah mulakan misi. beli mata kail udang, beli joran lebih kecil untuk udang. pakai umpan umpun - umpun atau pun udang kertas yang dia tangguk dari tasik - tasik berhampiran.

falsafah dia kalau pakai udang kertas atau anak ikan, hasil udang akan jadi lebih besar.

mungkin dengan cara tu, dia dapat mengubat kesedihan dia lah. atau kerinduan dia sendiri pada si kembar aku tu.

dan masih terasa manfaat tu ketika ini, yelah asal tengah poket kering memang aku dibiasakan oleh Lokman untuk menggoreng udang galah walaupun seekor.

kalau sesiapa rasa atau nampak aku mempunyai keuntungan setiap kali makan udang galah. aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

tapi disebaliknya ada cerita untuk dikenang and i have keep this story for a long time.

sempena usia perkenalan aku dengan lokman ni dah mencecah tujuh (7) tahun masa new year itu hari; aku terkenangkan hal ni.

dan terkebetulan pula semalam dan tadi dapat makan udang galah goreng rangup.

tu ja nak cerita.

wasalam.

8 ulasan:

  1. Lama sgt dah aku tak mancing udang galah....last sekali dgn arwah bapak dlm 15thn lps....huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      tapi skrg ni hasil kurang lebat sikit dari tahun lepas.

      tahun lepas boleh la menyembang dengan orang hari - hari makan udang galah.

      huhu.

      Padam
  2. Percaya tak? Zhi tak pernah makan Udang Galah.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak percayakan sambil gosok-gosok mata zhi.

      serius lah?

      Padam
  3. Penutup cerita ni best: "tu ja nak cerita."
    Hihihihi. Jngn marah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahuahua.

      ye tak ye kan.

      dah cerita panjang - panjang, cakap tu ja nak cerita...

      ngeh ngeh

      Padam
  4. Sekarang udang galah liar pun dah sangat berkurangan.
    Harga pun berbaloi2.
    Kalau yang bela tu kurang uumpnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu, lokman ada buat kolah letak semua udang galah dia.

      sebab kalau bawa balik masih hidup; kita akan simpan buat stok.

      tp kita masih lagi belum dapat 'ilmu' macam mana nak kekalkan udang galah tu waktu time 'mereka-mereka' tukar kulit.

      ada yang hampir 500g mati masa nak tukar kulit.

      jadi sekarang ni dah habis dah semua dimakan.

      alhamdulillah.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.