Rabu, 17 Januari 2018

dunia ini bulat dan kita ...

assalammualaikum dan selamat petang...


harini aku sebenarnya tepu tapi tepu yang taktau apa - apa. huahua.

jadi lepas berjalan - jalan semalam, aku teringat kenangan cikgu aku masa aku sekolah tingkatan lima.

masa tu subjek kejuruteraan awam. belajar pasal bumbung.

pengajian kejuruteraan awam ni santai ja sebenarnya masa peringkat sekolah menengah. aku pula dapat seorang cikgu yang santai ketika girang, kreatif luar kotak dan bijak mendenda pelajar yang menjadi kenang - kenangan sekarang ni. huhu.

berbalik pada cerita bumbung tadi. cikgu aku ni mudah ja. sebab kelas tingkat dua; jadi dia main tunjuk bangunan tu bumbung macam mana, jenis apa dan menyembang details pasal bumbung tu.

jadi seisi pembelajaran dalam kelas kejuruteraan aku tu selalunya memang dua hala.

cikgu aku panggil budak paling pandai dalam kelas (baca sebagai; markah paling tinggi dan rajin membaca). kawan aku tu pun mampir ke hadapan kelas.

cikgu aku pun sambil letak tangan paut ke bahu kawan aku tu sambil sebelah tangan menunjuk ke arah luar kelas. yang bangunannya lebih rendah daripada tingkat dua. jadi semua yang duduk di meja masing - masing tak nampak pun apa.

kawan pandai : yang rumah cikgu warden tu ke?

kawan aku minta kepastian.

cikgu : ya, yang tu bumbung jenis apa?

kawan pandai aku memang taktau bumbung apa. dalam buku teks, penerangan ada tapi gambarnya takde. huahua.

lepas tu, cikgu aku panggil budak paling bodoh dalam kelas (baca sebagai; markah paling rendah dan malas membaca). kawan aku tu pun mampir ke hadapan kelas bersebelahan dengan kawan pandai tu.

soalan yang sama diajukan.

kawan bodoh : oooh, yang tu bumbung asbestos...

ujarnya sambil tersenyum.

cikgu aku menepuk-nepuk bahu kawan bodoh. sambil mengeluarkan perkataan bijak berkali - kali.

seisi kelas yang menyaksikan perkara itu turut tersenyum.

tiba - tiba, cikgu aku merendahkan kepala dan membisik ke telinga kawan bodoh aku.

kawan bodoh buat muka pelik.

cikgu : pergi lah, buat macam saya bisik tadi...

kawan bodoh pandang muka cikgu dengan rasa bersalah.

cikgu : buat je lah, nanti saya potong markah kerja kursus kamu.

'ugut' cikgu aku secara berjenaka.

kawan bodoh seperti takde pilihan. dia menarik tangan kawan pandai aku menuju ke arah tingkap yang berdekatan dengan sisi rumah bumbung asbestos tersebut.

setelah sampai situ, dia pandang lagi cikgu aku. cikgu aku mula bercekak pinggang.

cikgu : ha, cepat cakap...

kawan bodoh : 'kawan pandai' (nama dirahsiakan), yang itu orang panggil bumbung asbestos la...

ayat mati di situ.

cikgu : eh, tak habis lagi ayat tu...

kawan bodoh : dah la tu cikgu, tak baik la...

cuba berdiplomasi dengan cikgu aku.

cikgu : cepat cakap...

kawan bodoh takda pilihan. nak tak nak dia kena cakap juga.

cikgu : cepat ulang balik, ayat saya bisik tadi.

kawan bodoh : 'kawan pandai', yang itu orang panggil bumbung asbestos la booo....

cikgu : teruskan ayat tu, teruskan...

kawan bodoh : booo doh...

satu kelas terbelahak dengan 'lakonan' antara mereka tadi. dan cikgu aku minta kedua - dua kawan aku tu duduk di tempat masing - masing.

cikgu aku pergi semula ke hadapan kelas dan meminta kita semua satu kelas berhenti gelak.

cikgu tu cakap dia bukan buat insiden seperti tadi untuk 'membodohkan' kawan pandai. dia cuma nak sampaikan satu perkara ja;

dalam bidang kejuruteraan, ilmu yang disampaikan itu bukan untuk dihafal tanpa 'passion' di dalamnya. ilmu yang dapat tu selalunya digunakan untuk dipraktikkan. cikgu aku sering mengetengahkan memahami konsep instead of menghafal tanpa punca dalam ilmu kejuruteraan yang dipelajari.

itu kesimpulan yang dinyatakan oleh cikgu aku pada masa itu.

bila aku dah tua ni, yang masih merangkak - rangkak belajar membuat lukisan dan kejuruteraan. perkara ini keep rolling dalam minda.

kalau dulu, aku anggap perkara yang cikgu aku tunjukkan itu adalah satu perkara yang lucu dan jenaka.

tapi dalam industri, ia berlaku.

dan setelah mengharunginya, aku percaya bahawa takda bezanya manusia atas dunia; bezanya cuma amalan kita. dah macam lirik lagu pulak. hahaha!

dan aku bertambah terkesan; pada tarikh ini tahun lepas aku ada minta tolong di satu pejabat klien berkenaan dengan kelulusan bahan yang penting untuk sesuap nasik aku. lalu aku dan Lokman belum sempat duduk di kerusi pejabatnya dan aku dan Lokman mendengar perkataan tak senonoh keluar dari mulutnya. memang ditujukan kepada kami.

dan sekarang aku terkesan dan sangat prejudis dengan peristiwa tersebut. semoga Tuhan memberi rahmat kepada aku.

wasalam. 

10 ulasan:

  1. Kawan pandai tak semestinya bijak
    kawan bodoh tak semestinya bengap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya lps dr peristiwa tu, kita satu kelas dah tak lagi membincangkan hal-hal markah ni dan hanya lps ujian sekali dua.

      lepas daripada ni, kita satu kelas jadi semakin akrab.

      tak fikirkan sangat hal siapa lebih pandai dari siapa.

      Padam
  2. Cikgu mengelat. Dia x nak sebut, dia suruh anak murid dia sebut.. #lulz . Sebab tu dia jadi cikgu, sebab dia bijak. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahuahua.

      betul zhi. dalam dunia ni takde orang pandai dengan orang bodoh.

      yang ada hanyalah orang berhati mulia dan orang yang suka pedajal.

      tu je.

      Padam
  3. Kebijaksanaan seseorang tu tak boleh diukur dgn markah ataupun bilangan 'A' mahupun pointer.

    Ilmu di dada, bukan di buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting apa yang kita amalkan. itu yang mmbentuk siapa diri kita.

      Padam
  4. Tu mesti cikgu AA kan?hahaha...paling org ingat titik yea dgn titik yo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      hai topo. lama tak bersua...

      entahla. ko teka la sendiri. hekhek.

      yang penting, ko telah membuktikan yang citer aku benar dan bukan rekaan semata-mata.

      Padam
  5. Lately aku banyak jumpa manusia bodoh kat media sosial. Hurm

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      cerita ni bukan tuju utk org yg kat media sosial reen.

      cerita ni hanya utk kehidupan ja.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +