Rabu, 20 Disember 2017

makanan (10) : telur ayam

assalammualaikum dan selamat malam...

selain daripada ikan goreng, makanan ruji rakyat marhean adalah sebutir telur ayam. sedap betul.

sebenarnya telur ada pelbagai variasi masakan mudah dimasak dan boleh digunapakai bila takdak duit. 

kalau ada ikan bilis. gorengkan ikan bilis dengan rangup dan makanlah dengan telur mata kerbau. 

kalau ada ikan sardin dalam tin dan makanlah dengan telur dadar berintikan bawang. 

kalau takda apa kombinasi yang menarik; boleh cuba telur rebus. gorengkan selaput. kemudian buat sambal merah dari cili kering atau sambal hijau dari cili padi. 

tak pun, goreng telur mata kerbau kemudian buatkan kuah kecap. 

tapi kalau nak malas;

makan ja telur setengah masak; sediakan kecap dan lada sulah sebagai penambah perisa.

sekian saja nukilan berkenaan telur ayam malam ni.

mungkin mak - mak lain ada idea lagi bernas dari ini bagi menambah selera walaupun ia hanya sebutir telur. 

wasalam. 

14 ulasan:

  1. Walau pun murah dan ringkas, tetapi sebiji telur ayam banyak khasiatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan telur ayam sebiji adalah ibarat seekor ayam.

      huahua.

      Padam
  2. Telur...dieram....menetas anak ayam...dah besar, sembelih...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak cukup gagah lagi nak membela ayam. huhu

      banyak nak kena buat tu.

      Padam
  3. Telurdi rebus, kemudian lenyekkan dengan mayonis dan sedikit serbuk lada sulah dan garam, di apit dengan roti (sedikit sayuran kalau ada). Jadi lah sandwich telur. #lulz sedap dan kenyang.

    Sekian perkongsian dari saya.

    xoxo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uhuhu.

      aku pernah buat kat rumah ni, tapi tak laku pulak.

      Padam
  4. Senang dah sedap. goreng je telur makan dengan nasi panas. tuang kicap sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kicap pastilah, kicap kipas udang...

      huhu.

      Padam
  5. Sedap tu telur.. sumber protein yang bagus gak tu :)

    BalasPadam
  6. Telur + nasi.. laju ja habis hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +