Pengikut (Blogspot)

Selasa, 31 Oktober 2017

tin kosong (30) : putus asa

assalammualaikum semua, selamat tengah malam...

sebenarnya dah lama tak berjaga malam untuk siapkan kerja. dah hampir dua bulan lah. aku cuba latih diri aku untuk kerja waktu siang ja. dan waktu malam aku akan tidur.

tapi hari ni lain pulak jadual. 

seminggu yang lepas, ada krisis yang macam-macam. sebenarnya aku ni dah mula dah sakit bahu tak leh gerak, lenguh dan sakit belakang.

bagi aku tu normal, kalau aku banyak travel campur pulak dengan aku mengadap komputer 8 jam sehari. 

tambah pulak kena batuk gedik sikit-sikit serta nafas ni rasa panas ja.

agaknya kesan cuaca.

bila cuba kuat dan lawan jugak dengan bekerja; ia tak menyelesaikan masalah dan aku hampir putus asa. on every single thing. 

fokus kerja takda, kerja tak siap. dan kalau nak submit pun takot salah serba-serbi. 

lain juga lah, dulu kalau jadi pekerja kalau ada "silly mistake" sikit-sikit aku boleh abaikan lagi. tapi sebab sekarang dah ada tanggungjawab penuh untuk segala rekabentuk yang aku buat.

i better train myself to be ready. to be fit to design something. to give a better idea. mcm tu lah lebih kurang. 

segalanya demi untuk melangsungkan rezeki yang aku ada ni.

pagi tadi sebenarnya dah rehat sakan. rehat juga sampai masak lunch sebab tak lalu nak bangun. 

badan aku berat ja rasa.

at last, bila fikir kerja bertimbun tu aku pujuk la belakang aku ni.

tetap on komputer dan baca sikit-sikit. 

ni dah sampai ke tengah malam. almost done apa yang aku buat tu.

kalian semua, 

wish me,

all the best.

wasallam.

6 ulasan:

  1. Dik....jaga posture tubuh waktu bekerja. Bangun dan berjalan sambil pusing tangan setiap 45 minit duduk. Guna kerusi yg betul. Tinggi meja yang sesuai...

    Jgn jd mcm kita ni...kena frozen shoulder, tulang blkg kepit saraf...dah 7 tahun...siksanya...
    Klu dah sakit saraf, duit bertimbun pun dpt guna sikit je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak kenapa nama penyakit "frozen shoulder" tu macam menyeramkan aja.

      Padam
    2. Istilah klinikal tu.
      Istilah kita, urat tersepit dan otot jadi keras / spasm. Hati2. Jgn sampai terkena.

      Padam
    3. insya-allah.

      dah beberapa kali dengar term pelik pasal sakit saraf ni.

      ada kawan cakap dia kena kekejangan saraf kat rahang gusi.

      lagi payah macam tu. adeh.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusannya.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.