Pengikut (Blogspot)

Rabu, 4 Oktober 2017

makanan (8) : telur asin

assalammualaikum dan selamat petang...

kalau makan masak lemak cili api untuk ikan atau udang kebiasaannya; aku akan rebus telur asin sebagai pelengkap hidangan. 

kadang kalau ada sambal ikan goreng pun, telur asin akan menjadi pelengkap hidangan. 

bila nak masak telur asin setakat satu biji, sesuai dengan isi rumah aku; takkan nak ambil periuk dan isi air dan rebus kan?

itu namanya membazir gas.

jadi, Lokman telah menyarankan aku supaya....

letakkan telur asin yang hendak direbus bersama-sama dengan nasik yang hendak ditanak. 

dan apabila nasi siap dimasak, telur asin turut sama siap dimasak.

ya.

lebih jimat, lebih cepat, dan lebih bergaya.

itulah dia maksud 'multi-tasking' yang sebenar.

wasalam.

10 ulasan:

  1. oh bole rebus telur asin dengan nasi ek...bole cuba :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. lepas tu, hasil rebusan pun conform ditahap yang terbaik.

      cubalah.

      Padam
  2. Kecik2 dulu mak selalu buat.
    Bkn telur je...klu nk layukan kacang pjg, bendi dll utk dibuat ulam, letakkn je bila nasi dah nak kering...

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum sampai tahap tu lagi.

      yang salu panaskan nasik yang semalam ada la, masukkan bila nasi dah nak kering.

      Padam
  3. sedap makan kalau ada telur asin. bagus idea tu menjimatkan masa dan tenaga juga elektrik

    BalasPadam
  4. Haaa baru boleh komen . . heee...
    Kempen multitasking yg bagus. =D

    take care .

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak berkempen. aku bg cadangan ja. huhu.

      Padam
  5. Tak pernah cuba lagi macam tu. Tapi memang ada beberapa rakan Cik Rose yang guna cara tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu. senang ja cik rose. tapi untuk makan seorang / dua orang la.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.