Ahad, 8 Oktober 2017

07-10 (7) : kembara 7 tahun

hello semua, selamat malam...

semalam. genap lah tujuh tahun aku mengharungi suka-duka sebagai seorang jurutera. jurutera wanita. jurutera wanita melayu. jurutera wanita melayu moden. jurutera wanita melayu moden freelance. 

haha. semuanya boleh dijadikan hastag kalau nak popular dan kalau nak terkenal. namun, bukan itulah perkara yang aku cari dalam hidup. 

mengenangkan hal ini. aku masih muda dalam industri ni. aku masih anak-anak yang masih mentah, banyak benda yang aku perlu pelajari untuk aku lebih berjaya dan lebih selesa pada masa akan datang. 

selamat bekerja selama tujuh tahun. 

semoga hari-hari yang mendatang lebih sukses dari hari ini. semoga hari-hari yang akan datang membawa lebih ketenangan walaupun masih sibuk dalam banyak urusan kejuruteraan. 

jurutera wanita hanya ada satu misi; bukan menjadikan kita sama hebat atau lebih hebat daripada lelaki. namun, jadikan diri kita sebagai pelengkap kepada industri. 

itu adalah lebih sempurna dan lebih baik dalam memberi satu jaminan pada generasi akan datang bahawa dunia kejuruteraan bukan hanya boleh mencipta atau membina tapi dunia kejuruteraan juga boleh membaiki, membaikpulih dan menambah-baik sesuatu fasiliti tersebut. 

dan yang paling penting; sesuatu inovasi itu memberi impak yang baik dalam kehidupan. tak kira samada kepada agama, kepada bangsa dan kepada negara. 

wasallam. 

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima kasih wan. semoga awak juga maju jaya

      Padam
  2. Tahniah.
    Semoga menjadi wanita hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks WP.

      semoga jadi wanita hebat dalam agamanya. itu lebih baik mungkin.

      Padam
  3. selamat ulang tahun kerja 7 tahun :)

    BalasPadam
  4. wow...dah 7 tahun. Alhamdulillah...semoga terus sukses ye..

    BalasPadam
  5. Tahniah, dah tujuh tahun menjadi pelengkap kepada industri. Semoga akan terus teguh!

    BalasPadam
  6. Selamat menuju tahun ke 8. Semuga masa tu masih kekal jadi jurutera bertambah muda.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +