Pengikut (Blogspot)

Selasa, 5 September 2017

tin kosong (28) : inspirasi kemerdekaan, aspirasi si marhean

assalammualaikum, selamat sejahtera...

kemerdekaan bagi negara kita sudah enam puluh tahun berlalu. tak terlalu lewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia.

bagi aku, yang lahir tiga puluh tahun kemerdekaan aku tak boleh nak menggambarkan bagaimana Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan dengan ramai rakyat Kuala Lumpur berbasikal untuk ke Dataran Merdeka.

i cant imagine it, walaupun diceritakan secara jelas oleh nenek aku; generasi remaja zaman kemerdekaan.

iya, negara kita pesat membangun. jaringan infrastruktur juga telah sangat-sangat baik. dulu masa sekolah rendah, aku pernah berjalan kaki dari kampung aku ke rumah memperingati P Ramlee semasa musim cuti sekolah. kini anak sepupu sepapat aku tidak merasainya.

kita mengalami kepesatan yang amat banyak. contohnya lagi; dulu aku berliburan untuk menaiki gelongsor yang tertinggi di Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa; lima belas tahun kemudian taman itu telah memperkenalkan roda mainan yang besar untuk dinaiki oleh seluruh rakyat jelata.

aku adalah salah seorang rakyat marhean yang membesar di Kuala Lumpur. aku merasai peredaran zaman menaiki bas runcit-runcit kepada zaman menaiki komuter dan lrt.

aku sebagai rakyat marhean memang sangat berinspirasi dengan semangat juang untuk menuntut kemerdekaan, semangat membangunkan semangat pemimpin membangunkan masyarakat majmuk dengan pelbagai dasar-dasar yang menjadikan negara kita berdaya saing dalam kemajuan ekonomi di saentero dunia.

namun aku juga punya aspirasi; semoga negara kita masih dengan mode kedamaian. sebagaimana kita mencapai kemerdekaan satu masa dulu.

aman, damai, tenang merupakan salah satu rencah pertumbuhan yang baik.

wallahualam.

wasallam.


p.s : sebenarnya nak menulis tentang raya haji dan cuti umum sukan sea juga. tapi tak berapa sihat pulak. kihkih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.