Pengikut (Blogspot)

Khamis, 28 September 2017

partner and other partner (13) - hari jadi

assalammualaikum dan selamat malam...

hari ni. ok salah.

malam ni sepatutnya aku nak fokus bekerja. tapi 

aku rasa penat. 

aku sebenarnya malas nak spoil-kan diri. tapi aku memang budak manja kot. 

mula pagi bangun dah awal dah. aku gorengkan pisang untuk Lokman. later on, bukak pc untuk siapkan tujuh repetitive drawing yang master copy siap tengah malam semalam. 

sebab mungkin dah biasa kan. it takes me 40 minute to get it done. 

lepas tu. ingatkan aku nak masak tengah hari. tapi Lokman dah tolong masak dah. 

dia tangkap udang galah dalam kolah. dan dia gorengkan. stail jugak rupanya belah bahagian belakang udang tu bila goreng. lepas tu ada pulak telur mata kerbau. sorang satu. 

nak berkuah; kita letak kecap je lah. 

dah kenyang makan tengah hari, kita g buat kerja-kerja kitar semula. 

itu dah penat dengan berhujan-hujan nya.

balik ja rumah, Lokman ajak ubah kedudukan bilik tidur punya perabot. 

ajak vacuum dan sapu rumah. 

aku layankan je la. 

aku bukan merungut. okey juga lah ada kawan nak mengemas rumah. dari kena buat sorang-sorang. 

bertambah rajen lagi Lokman, dia buat tv aku lekat kat dinding.

pakai penyendal buku yang besi tu, combine dengan bilah kipas siling yang ada lebih kat rumah. 

tu bahagian bawah. 

bahagian atas pulak dia rebate jer pakai barang-barang besi dia yang lama dulu. 

hari ni hari jadi Lokman. 

aku belanja dia nescafe dalam tin perisa edisi terhad cappucino. 

itu pun pakai duit dia. tp ok la tu eh. 

hahaha. 

tu je yang cerita.

wasallam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.