Jumaat, 29 September 2017

ingatan jumaat (15) : petikan surah al-maarij

assalammualaikum dan selamat petang...

apabila aku sedang buntu. biasanya aku akan mendengar dan membaca terjemahan Al-Qur'an. aku bukannya robot. yang mampu buat semua benda satu kali. aku ada perasaan penat. aku pun ada perasaan rasa terhina dan perasaan rasa dipermainkan.

aku juga kadang-kadang rasa aku bodoh. aku gila. 

tapi aku percaya dengan nama Tuhan-ku; tuhan yang mentadbir sekalian alam. 

aku selalu pagi sejak 6 bulan lepas, aku dengar surah Al-Maarij. surah ke-70 dalam Al-Qur'an yang bermaksud Tempat-tempat Turun-Naik. 

walau aku tak berapa faham tentang ayat ni. aku cuma anggap inilah peringatan untuk kita tentang Hari Pembalasan.

ini, aku kongsikan ayat 42 hingga ayat 44. 

42. oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka. 

43. iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke berhala-berhala

44. sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi dengan kehinaan; itulah hari yang dijanjikan kepada mereka. 

bila fahamkan lama-lama tentang suasana Hari Pembalasan. meremang bulu roma.

wasalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +