Isnin, 14 Ogos 2017

update (35) : hanya ingin hidup sempoi

hello semua, selamat tengah hari...

hari ni Lokman pergi CIMB Kuala Selangor. dia cadang nak tutup akaun semasa. memanglah aku rasa macam Lokman nampak bodoh.

all the stupidity, yang dia buat aku rasa macam bersebab lah.

salah satu daripadanya, kitaorang gagal nak kesan penggunaan identiti syarikat digunakan untuk urusan perbankan terutamanya yang melibatkan pinjaman atau lain-lain.

more over, setiap kali aku berurus niaga dengan orang. semua orang bayar dengan tunai atau beri cheque atas nama aku sendiri.

buat apa pula aku ada akaun semasa, macam yang orang canang semua kebagusan akaun tu kalau ada syarikat.

tapi aku sendiri bebal bahalol. then tak tau nak gunakannya.

kadang tak adil dow dunia ni. memang tak adil.

manusia layak menghina mereka yang lebih bodoh daripada mereka.

semua pun. termasuk aku yang suka gelakkan orang yang lebih bodoh dari aku. satu ketika dulu. 

semua orang pelik, kenapa aku boleh terlampau cekap melukis pembinaan yang melibatkan pembinaan skala kecil. kadang mana aku datang kesungguhan dan pengetahuan aku sedemikian rupa.

bagi aku; semua hal ehwal kejuruteraan ni perlu ada rasa iaitu "sense"

memang Ncik Bos Botak sebenarnya bagi aku banyak peluang untuk berkarya. tapi seseorang yang sering memberi aku rasa dalam kejuruteraan ni sebenarnya Lokman. 

aku bukanlah orang yang top student di universiti. aku bangang bebal dan hanya tau bermimpi ja. namun, sejak aku kenal Lokman aku belajar banyak sense kejuruteraan dengan dia. antara selamat atau tak. 

contohnya, aku adalah orang yang paling lemah dalam rekabentuk kerja besi. tapi sejak aku kenal Lokman, aku sekarang berupaya untuk rekabentuk besi basic lah.

aku bukan kerja company besar yang ada senior engineer beribu-riban untuk tunjuk ajar. aku hanya ada Lokman yang pandai mengimpal. lalu aku ambil apa yang dia tahu lalu aku padankan dengan spesifikasi mat salleh yang aku ada. and it's works.

even kerja konkrit pun. rasa bagi geometri rasuk dan tiang yang sesuai pun adalah aku dapat daripada perbualan dengan dia sehari-hari. 

even kerja elektrik. kadang aku tengok mamat tu, apa rumus taktau. tapi dia boleh cakap benda alah tu tak selamat, sebab dia first in hand yang buat benda alah tu. cuma nak compare dengan hal pengiraan tu, pengetahuan aku terlampau basic. sebab tu aku sangat mengharapkan ada kompetan yang sudi semak pengiraan aku tu. 

dan aku begitu sedih; aku tak dapat memberi kredit kepada dia. walau dengan memasukkan duit dalam akaun syarikat dia. 

itu je la kesedihan yang ada.

tapi daripada ada satu hari isu berkaitan dengan akaun salah guna akan datang. baik aku dan Lokman tutup je akaun tu atas keselamatan bersama-sama. 

aku cuma nak aku naik dengan syarikat Lokman Construction. kalau tak, aku freelance je lah. ada kerja ada gaji.

barulah hidup sempoi. haha.

wasallam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +