Selasa, 15 Ogos 2017

tin kosong (27) : pembaziran

assalammualaikum, selamat sejahtera...

hari ni Lokman baik sebab aku senggugut. aku dapat tidur. sedar-sedar pukul 11 pagi. takde pun Lokman bising. 

thanks lah. tapi aku tetap rasa diri terok.

sekarang ni aku selalu tidur almost 3 pagi. aku mencuba untuk set kan jadual untuk tidur jam 12 malam. tapi selalunya tak berjaya.

aku akan mula berteleku depan pc jam 10 pagi. kemudian; aku akan masak lunch jam 1230 tengah hari. masak simple je salu. untuk makan aku dan Lokman.

tapi macam hari ni, dengan tak sarapan tak apa. aku panaskan nasi dan lauk semalam ja. jadilah, buat makan tengah hari. aku nak elakkan pembaziran sebenarnya.

rezeki ni tuhan yang beri. walau dalam bentuk makanan. kalau aku membazir. aku ibarat sedang membuang rezeki yang aku dapat. jadi apa guna, aku tonggang tonggek solat Dhuha pagi-pagi, amalkan surah membuka rezeki dan macam-macam doa menjemput rezeki; jika aku sendiri membazir. 

ni sebenarnya salah satu cara aku nak train diri sendiri ja. takde kena mengena dengan Lokman pun. dan sesiapa yang ada di sekeliling aku. hopefully jangan libatkan diorang pulak dalam hal ni. 

cuma pemikiran aku sendiri. 

sebenarnya dalam percubaan aku untuk tidak membazir dalam makanan ni takda la berjaya mana. kadang terbabas juga.

kebiasaannya melibatkan lauk yang berasaskan santan. dan kadang melibatkan sayur-sayur. yang Lokman jarang makan. kadang melibatkan masak jemput-jemput terlampau banyak kuantiti sampai muntah nak makan. 

jadi seboleh-bolehnya aku nak jadi orang tak membazir; dalam apa perkara pun. 

belum cerita bab penggunaan elektrik yang membazir termasuk bila dah habis charge phone, tapi tak off charger. sedar tak sedar, tu juga pembaziran.

banyak lagi kalo nak bagi contoh.

tapi part mana yang boleh kita boleh kurangkan, kurangkanlah. mengikut keperluan dan cara hidup masing-masing.

wasallam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +