Isnin, 28 Ogos 2017

makanan (6) : tanak nasi

assalammualaikum semua, selamat malam...

nasi. makanan ruji ASEAN. sempena SEA game aku keluarkan statement ni. kihkih. kita semua suka makan nasi. ye tak?

normal lah Malaysia. malay dengan nasi lemak. chinese dengan nasi ayam. indian dengan nasi beriyani. tapi setelah 60 tahun merdeka ni, kita semua dah mix. takde yang peliknya apabila masyarakat melayu masak makanan cina dan india. begitu juga sebaliknya. siap sekarang ada fusion segala bagai lah. kesimpulannya. nasi adalah penting bagi rakyat Malaysia. lagi-lagi lah rakyat marhean.

bila nak kawen dulu-dulu, mak pesan kalau tak pandai masak nasi jangan kawin. 

sampai sekarang aku fikir. tapi betul juga. sebab nasi untuk dimakan oleh seseorang individu ada pelbagai gaya. dan bila kita tak boleh even masak nasi yang sedap untuk dimakan sendiri. macam mana nak beri nasi yang sedap dimakan orang lain kan?

sesejak aku belajar masak, aku suka adik Semut punya nasi kosong. marbeles ko. boleh rasa kesedapan nasi tu sebutir-sebutir masuk mulut. yang kedua; mestilah aku puji nasi yang Lokman masak. pun ada rasa nasi sebutir-sebutir. aku suka nasi yang macam tu. 

yelah; sesejak pindah ke rumah belakang kan dah masak sendiri. 

aku kinda tak percaya sukat air guna tangan sekarang. ia ibarat kalau ikat besi kat atas bumbung, kau dari bawah cuma tenang (baca seperti menyebut perkataan telefon) pakai mata. dan aku seorang juling. 

kaedah itu seakan-akan tak berkesan untuk aku. bila ada-ada masa yang aku rasa penat, patah pinggang or else, takda mood nak masak. nasi yang aku tanak tu akan jadi lembik.

lelaki ni senang ja, reverse psikologi dia. hari pertama nasi lembik, makan sikit ja. hari kedua nasi lembik, dia tak sentuh lansung. hari ketiga nasi lembik, dia ambil periuk then masak sendiri.

huhu.

masa tu, aku tanya lah dia aku masak tak sedap ke. dia mesti cakap okey je. takde masalah tapi lembik sikit.

kemudian, aku pun mestilah keluarkan statement back up diri. aku cakap aku dah cuba sukat betul-betul. mungkin aku terlebih air ke macam mana.

then Lokman balas, mengaku taktau masak kan lagi mudah?

aku gila sentap that time ko. aku tau lah, memang aku tak tau masak. tapi at least, aku masak dan cuba masak. every single day tu. even kadang memang aku banyak merungut.

tiba-tiba. aku nak berterima kasih kepada team yang membuat packing beras jati cap kapal layar, beras pilihan anda.

kat situ, siap ada tulis sukatan berapa air nak perlu masukkan menggunakan cawan yang sama dengan cawan yang kita ceduk beras tu.

macam satu revision untuk aku.

dan aku praktik kan sekarang. sukat guna cawan ja air tu. ikut yang macam tertulis kat plastik beras ja pun.

alhamdulillah la. hasil nasi yang dimasak lebih constant gitu.

mendokong kata-kata Lokman tu lah, taktau mengaku taktau. insya-Allah tuhan akan tunjukkan jalannya.

wasallam.

p.s : teringat pulak punchline thanabalan bila cerita bab tanak nasi ni. huhu. kbai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +