Khamis, 17 Ogos 2017

makanan (4) : udang dan kacang buncis

hello semua, selamat malam...

memasak; kalau tukar plan memang menghancurkan eh?

tadi memula pegi kedai depan. lepas tu aku beli udang dan kacang buncis. sebab semalam aku dah menggulai cili api kedua-dua bahan tu semalam. bersama dengan padanan ikan sardin goreng rangup.

jadi; aku bercadang bahawa nak masak nasi goreng ja hari ni. sebab itu je lah padanan yang rasa sedap kat hati aku nak makan.

tengah prepare bahan-bahan nak menggoreng tu, Lokman ajak g pasar. 

lalu membeli separuh ekor ayam.

aku hilang punca nak masak apa kemudiannya.

balik, aku goreng nasik dengan ramuan yang dah siap tadi. lepas tu aku gorengkan ayam.

takde la semua. dalam empat ketul ja.

cadangnya malam nak buat ayam gulai cili api.

tapi. 

nasik goreng masih ada. lepas tu ayam goreng pun berbaki empat ketul.

kesimpulannya;

gulai ayam cili api tak jadi. aku amik empat ketul tu goreng. selebihnya aku simpan di peti rumah depan.

huhu.

sekian laporan masakan saya hari ni. 

wasallam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.

Blogger

Google +