Pengikut (Blogspot)

Khamis, 24 Ogos 2017

biawak masuk rumah

assalammualaikum, selamat sejahtera...

dah petang dah ni. lokman dah tiga hari bekerja. alhamdulillah. masih ada lagi kesempatan untuk dia, berbakti kepada masyarakat melalui melakukan apa yang di mahir. alhamdulillah masih ada lagi peluang untuk dia terus belajar dalam hal pertukangan dan kontrak. alhamdulillah masih ada lagi semangat yang Allah SWT beri pada dia untuk meneruskan apa yang dia suka lakukan. 

lokman bekerja di unisel. ambil upah buat pendawaian. 

tadi tengah hari dia balik. makan lunch. tak makan pun actually. aku masak terkedek-kedek. aku ingatkan dia tak balik. semalam dia tak balik kan.

aku pun buat rilek je lah. aku tak masak nasik pun. bajet nak makan sorang; nak goreng tulur saja. nasib aku dah beli lauk sardin dalam tin dan tomato. cadang nak masak untuk lauk petang.

bila dah sejam lokman menunggu dan lambat, aku bungkuskan aje lah. sebab nasik belum kering.

kesian ja. makan kat site la tu. tapi kawan kat site juga ada provide makan tengah hari. thats why aku tak berapa nak risau sangat. 

yang aku bagi tu; cuma extra. kalau-kalau dia lapar ke apa kan. 

cerita pasal biawak. anak biawak actually. 

masuk rumah aku meanwhile aku seorang diri di rumah.

aku kat ruang office. depan komputer. mengadap kerja gitu-gitu.

dengar bunyi dari dapur. aku intai tempat pinggan tu, ada anak biawak. mungkin nak cari makanan dalam bekas sisa makanan dekat dengan sinki tu.

aku takde la berani. aku menggelinjat kot nampak dia sebutir di celah pinggan itu.

si kecik pulak dah standby mengiau. tapi takde pulak panjat atas table top nak tengok kat celah pinggan tu kan. huahua.

aku cuak. aku lari masuk ofis balik. 

then, aku bagi peluang lah dalam sepuluh minit ke setengah jam bagi biawak tu keluar ikut tingkap dan pintu yang aku buka.

tengok macam kat situ ja nyorok.

nasib baik ada acik tukang kat rumah kak anje tu. dan sudi menolong. aku pun panggil.

dia masuk sambil pegang sudu (sudu yang tukang guna untuk bancuh simen). 

dia intai dan halau biawak tu. 

kecik kat bawak stand by, biawak lalu terus terkam, gigit. angkut bawak keluar. dengan penuh bergaya kau, aku intai ja di sebalik dinding ofis. huhu. 

bertuah la kau kecik. kau memang hero of the day hari ni. 

kecik letak betul-betul depan pintu rumah sekarang anak biawak yang dah gone tu. mungkin sebagai pembuktian kecik sebagai hero of the day kepada Lokman kejap lagi.

aku nak keluar rumah, memang takde la.

oklah. tu je nak cerita.

wasallamu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.