Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Julai 12

syawal 1438 : talian tetap

hello semua, selamat malam...

malas nak taip panjang-panjang. acheh.

otak aku sedang penuh dengan idea sekarang ni. bersamaan dengan derasnya hujan kat luar tu.

semoga apa yang usahakan kali ini lebih bersungguh dan lebih diterima. 

pertama kali, aku nak ucapkan terima kasih kat Lokman sebab masukkan talian tetap ke rumah pejabat aku ni. walaupun kewangan tak berapa cantik dan terpaksa meminta ke sana sini. dugaan lah ni kan. 

puncanya aku nak ada talian tetap sebab aku tengok kesungguhan Lokman nak niaga. ada satu purchase order yang dikeluarkan pada dia sebelum ni, mereka main letak ja nombor telefon insan yang tidak dikenali dalam tu. sebab tu, aku taknak ia berulang kembali. 

cerita pasal memasukkan data ke dalam sesuatu dokumen secara suka-suki ni, aku pernah gelakkan Ncik Bos Botak waktu aku baru kerja dengan dia dulu. 

masa tendering process kerja di sarawak, ada argument antara pihak client dengan pihak kontraktor berkenaan dengan tempoh masa siap. dalam dokumen tu, ia ditulis sebagai 12M. antara ia boleh dikatakan sebagai 12 Minggu / 12 Month. masa Ncik Bos Botak soal siasat aku dan team tender tu, aku boleh anggap yang benda alah tu lucu. 

tapi Ncik Bos Botak berkaliber dan that time kita ada liability untuk dapatkan kerja tu. wallahualam. senang citer, masa tu anggap ada rezeki pada Ncik Bos Botak la. dan kerja tu dapat dan kita perform that time. 

berbalik pada cerita aku tadi, purchase order yang tersalah tu memang bermasalah kerjanya. jadi at this moment aku pergi check nombor telefon tu, ia tak ada relation dengan aku pon. hati aku sudah mula pertikai, how come nombor telefon tu boleh ada dalam dokumen aku. 

adakah ia bang bang boom?

haha. 

jadi, sebagai langkah berjaga-jaga aku terpaksalah invest kepada talian tetap.

entri ni sekadar perkongsian ja lah. dan sebagai ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu ya. 

wsallamuu. 


2 ulasan:

  1. moga lg dipermudahkan urusan kerja tu ya

    slmt hari raya =)

    BalasPadam
  2. Susah juga macam tu kan..kalau tak de masalah tak per...tapi bila dah ada masalah susah la jadinya

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.