Pengikut (Blogspot)

Khamis, 8 Jun 2017

ramadhan 1438 : makanan

hello semua, assalammualaikum...

hari ini teman Lokman memancing. walaupun penat hampir setengah hari driving. kurang-kurang ada dua tiga perkara selesai.

balik tu lps berbuka baru siap masak. huehue. nasib baek la Lokman jenis tak kisah pun.

ngam ngam buka Lokman balik mancing. dapat la seekor ikan jelawat.

jadi aku gulaikan aje dgn cili api. senang kat aku. dulu mak aku salu masak untuk ayah aku. gulai cili api tu mak aku kenenkan dengan belimbing buluh kawan dia. tapi hari ni aku letak tomato je.

memang lah air tangan kita lansung tak sama dengan air tangan mak kita. mak kita masa masak mulut tak henti baca bismillah ke al-fatihah ke selawat ke.

bukan apa, memasak setiap hari tu bila mood tak kena sebab penat bekerja atau buat kerja rumah boleh buatkan kita bersungut tengah masak.

jadi untuk elakkan bersungut tu baek la berselawat dan berdoa semoga makanan yang kita masak tu sedap dan sihat untuk dijamah seisi keluarga ye tak.

eh. termembebel la pulak bab makanan ni.

orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka, mendapat pahala yang sama seperti orang berpuasa kan.

takda benda nk cerita pon. sampai di sini dahulu.

kbai.

p.s : sebetolnya benda yang dipenatkan adalah ....

4 ulasan:

  1. Wkmsalam.
    Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa, besar ganjarannya.

    BalasPadam
  2. Masak sendiri lagi bagus pada beli di bazarkan. Bila dapat hasil macam ni kena masaklah gayanya. Masak dapat pahala juga bagi orang makan untuk berbuka.

    BalasPadam
  3. Bulan yang banyak mengajar kita erti kesabaran kan.

    BalasPadam
  4. jimat dah tu..lauk hasil memancing

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.