Pengikut (Blogspot)

Selasa, 16 Mei 2017

update (31) : guru dan ibu bapa

hello semua, selamat pagi...

hari ni aku selesaikan hal ehwal kewangan syarikat lokman. actually memang aku decide tak mahu nak terlampau heavy nak menguruskan hal ni tapi hal ehwal ni merupakan audit kerja aku last year sebab tu la aku gagahkan jua.

sebenarnya dalam konteks yang lebih luas, guru bukan sahaja mereka yang mengajar di sekolah. guru juga boleh jadi mentor, ketua organisasi, pengurus, pengerusi organisasi atau sebagainya yang telah mengajar individu tu sesuatu ilmu untuk individu itu mencapai impian.

terima kasih kepada mak, ayah dan keluarga yang menjadi guru yang mengajar benda basic dalam kehidupan seperti nak makan, minum, berjalan, berlari dan pengurusan diri.

terima kasih kepada guru-guru di sekolah rendah, sekolah menengah, dan sekolah teknik dedulu yang mengajar aku untuk berusaha gigih ke menara gading.

terima kasih atas ilmu sains yang bermakna daripada pensyarah matrikulasi.

terima kasih atas ilmu kejuruteraan, etika kerja dan sahsiah jurutera yang telah dibimbing oleh pensyarah universiti.

last but not least, terima kasih kepada Ncik Bos Botak kerana memberi ruang pembelajaran yang pelbagai dalam mengenal erti industri kejuruteraan di Malaysia.

bagi seusia 30 tahun seperti aku ni, aku masih lagi memerlukan insan-insan yang boleh membimbing, membantu dan menunjukkan jalan. tanpa guru sebagai salah satu penyokong dalam kehidupan, siapalah kita sebagai anak bangsa.

SELAMAT HARI GURU.

okbai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.