Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, Mei 30

ramadhan 1438 : selamat datang ramadhan

hello semua, selamat tengah hari...

hari ni dah lima hari dalam bulan Ramadhan. dekat sini nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi sedekah makanan dan kewangan kepada aku dan Lokman.

semoga ramadhan kali ni memberi sejuta keberkatan buat semua. 

asal sebut ramadhan, aku akan ingat pada kembar. 

kembar yang lama dah pergi meninggalkan kami. pada ingatan kami ia tersangat segar seakan-akan baru semalam ia pergi dalam hidup kami ni.

hidup berumah tangga so far, okey lah. 

memang lah ada pergaduhan yang sangat-sangat terok tahun ni, anggaplah ia sebagai satu ujian menguatkan lagi ikatan kasih sayang dalam membentuk kepercayaan sesama sendiri. 

ramadhan dan syawal entah apa khabar mereka di sana?

mereka adalah lebih ke depan daripada kami dalam menuju akhirat. mereka adalah anak-anak kesayangan Maha Pencipta. 

apa pun pilihan mereka untuk tidak bersama-sama dengan kami, aku redha. 

redha yang telah dicari bertahun-tahun lama.

jadi, aku cuma berharap ramadhan kali ini akan memberi sinar baru dalam hidup aku dan Lokman. 

semoga apa yang dicita-cita menjadi kenyataan.

salam sayang semua, selamat berpuasa di bulan ramadhan dan perbanyakkan ibadah yang ikhlas. berbuat baik sesama manusia. 

bai. 


5 ulasan:

  1. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa. .. moga2 ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum2 ni... insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Salam Ramadan dan selamat berpuasa. Harap semuanya baik2.

    BalasPadam
  4. Selamat berpuasa Laura. =P

    BalasPadam
  5. Salam ramadhan. Semoga tahun ini lebaih baik dari tahun sebelumnya.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.