Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, April 25

makanan (2) : masak lemak cili api

hello semua, selamat petang...

sesejak aku pindah rumah belakang, aku masak makanan sendiri. setakat ni ada juga la yang miss tapi nak berjimat makan lah makanan yang dimasak sendiri.

untung juga duduk di persekitaran kampung. hanya beli bawang je untuk masak lemak cili api. lain-lain boleh petik keliling rumah.

termasuklah santan.

selalunya makan lah masak lemak ikan keli. yang lokman dapat tetiap hari mancing sungai. masak lemak telur atau apa yang boleh didapati tanpa mengeluarkan duit la. 

simple macam tu je. 

kalau ikot situasi kewangan sekarang, seposen pun takde nak bergerak. tapi Allah SWT bagi aku kemudahan untuk makan dan minum. nak ke mana-mana pun aku tak boleh. entah apalah ujian aku sehari-hari yang ramai orang tak berapa nak faham. 

apa pun yang terjadi, baiklah kita bersyukur. aku percaya kuasa doa melebihi segala kuasa yang ada dalam dunia ni; sekiranya manusia itu betul-betul tidak berkemampuan.

aku sentiasa berdoa. agar semuanya selamat. 

amin ya rabbal alamin. 

kbai.

p.s : apa yang ada dalam hati seseorang, siapalah yang tahu dan siapalah yang mampu meramalnya. 




2 ulasan:

  1. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya kan... InshaAllah

    BalasPadam
  2. teruskan berdoa...dan jangan sesekali putus harap...insyaAllah ada jalannya...

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.