Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, November 3

update (23) : mencari satu kesibukan itu bagus

hello semua, selamat malam...

dah berapa lama janji nak menulis hari-hari tapi tak kesampaian. satu sebabnya aku tengah sibuk tak berapa sibuk siapkan lukisan tender. 

ada beberapa perkara aku kena ambil masa yang lama mentelaah sebelum aku buat keputusan dan menulis / melakar dalam lukisan tu. 

sebab kedua, aku baru je balik Kursus Sijil Pengurusan Kecekapan untuk Kontraktor Baru G1. baru habis ujian minggu lepas, rasanya lepas satu bulan baru lah dapat keputusan tu. 

sebab ketiga, sibuklah nak carik-carik kerja untuk Lokman. nak cuba masuk tender dan daftar beberapa sijil lagi selepas ini. aku nekad dah, aku kena bangkit untuk ekonomi peribadi aku. baru dalam masa yang sama aku dapat bantu orang lain. betul tak?

aku cuma doakan pada Allah setiap hari. bantulah dekatkan aku pada rezeki dan tunjukkanlah mana ma'arij untuk aku.

sekian. 

itu saja update. 

kbai. 


p.s : beberapa hari ni, aku banyak lepak dengan Ana (adik Lokman). aku terperasan yang jodoh kita tu kan, adalah orang yang mengalami waktu kanak-kanak seakan-akan kita. jadi barulah serasi. (pendapat bodoh aku). 






5 ulasan:

  1. Apa yg kakak suka Mas dah nekad utk perbaiki ekonomi
    Bila org berilmu tak mustahil usaha yg gigih pasti akan diperolehi
    Insya-Allah... amiiinn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas doa akak yang tak putus ya.

      Padam
  2. moga dipermudahkan nanti.. mana tau dpt job terbaik. inshaaALLAH.

    BalasPadam
  3. i'm really enjoying this article and layout of your blog. It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.