Pengikut (Blogspot)

Selasa, 8 November 2016

tin kosong (22) : senaman dalam bilik = gym

hello semua, selamat tengah hari...

semalam, masa Fakhrul hantar aku balik rumah selepas seharian mesyuarat di Shah Alam ada satu panggilan telefon masuk. tertera nombor talian tetap dan bukan telefon.

aku risau orang personal loan je telefon. aku mula merasakan yang aku malas nak angkat panggilan tu. 

huhu. 

tapi bila nombor yang sama memanggil untuk kali kedua; aku tawakal redha angkat jer. tak silap aku ada sebulan pending lepas aku buat beberapa pembayaran lump sum bulan lepas. 

aku angkat. 

Adik Gym : assalammualaikum, ni puan Mastura binti Borhan ke?

aku menjawab salam dan mengakuinya. Adik Gym memperkenalkan diri dari syarikat sekian-sekian dan ingin menawarkan VIP Card kat aku.

aku senyum. aku pergi gym? 

kan lucu. 

Aku : mana adik dapat nombor saya ni?

aku sajalah bertanya untuk 'membeli masa' dia. 

Adik Gym : ada kawan akak dah register dengan kita dan dia suggest nama akak. 

kahkahkah. lagi aku terbelahak gelak. aku adalah orang yang dah almost dua tahun jadi pendiam dan forever alone and unsociable; suddenly ada kawan pulak nak suggest nama aku. 

kawan mana lah tu?

Aku : ha? kawan mana dik, akak takde kawan la. dah lama dah takde kawan. 

Adik Gym : saya tak sure la kak, staff saya yang beri detail ni. akak berminat ke?

Aku : tak minat la dik. kenapa kawan yang suggest tu cakap akak gemok ke?

Adik Gym : aah kot tapi tak sure la kak. takpe macam ni, akak selalu exercise macam mana?

Aku : akak tak jogging, salu jalan kaki satu pusingan kat tasik lepas tu balik la. takde masa kot nak pegi gym. lagipun jauh gym tu. 

Adik Gym : kita bagi promosi kalau masuk akak dengan suami akak hanya bayar rm100 je kalau tak akak sorang pun dah kena bayar rm160. 

aku terbayang Lokman yang tengah sibuk melepa di belakang rumah. peluhnya merecik-recik setiap kali lepas melepa. 

mungkin Lokman tak perlukan gym. 

Aku : sori dik. akak rasa akak tak perlu lah. 

Adik Gym tu baik. kami berdua meletakkan telefon dengan ucapan maaf dan terima kasih. 

hahaha. bagi aku lucu lah. sape yang cadangkan aku pegi gym tu?

kbai. 



6 ulasan:

  1. tertanya tanya juga dari mana dia dpt no telefon

    BalasPadam
  2. kdg sje deme je nak buat point..huhuh

    BalasPadam
  3. ye la kawan yang suggest..entah mana2 la dia dapat no dia kata kawan kita pulak..kan??hahahha

    BalasPadam
  4. Tanda ada sahabat masih ambil berat tentang kita hehe

    BalasPadam
  5. yg cadang tu dapat komisyen kot ..

    BalasPadam
  6. adat org mencari sales..;)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.