Pengikut (Blogspot)

Rabu, 5 Oktober 2016

partner & other partner (11) : analogi susah senang bersama

hello semua, selamat siang...

beberapa bulan yang lepas, tiga minggu selepas raya aku menemani Lokman bekerja mengambil upah gaji hari. menyiapkan kerja-kerja konkrit dan kemasan lepaan bagi tambahan dapur dan bilik air. setelah tiga minggu bercuti hari raya, duit simpanan sudah habis kehabisan. jadi bagi menjimatkan perbelanjaan, aku dan Lokman tinggal di rumah tersebut. rumah yang dalam pembinaan dan tiada kemudahan tandas. tuan rumah membenarkan kami menggunakan tandas tersebut di rumah utama. kadangkala kami guna dan kadangkala kami lebih selesa menggunakan tandas di masjid berhampiran. 

dalam situasi tu, aku nampak Lokman resah. bangun pagi seawal tujuh pagi sudah menyemak kad kong yang dia catit sendiri. 

Lokman : yang, berapa lagi duit yang kita ada ya.

Aku : tiga ringgit dua puluh sen. dah kira semua, tu je ada.

Lokman : berapa lagi pending gaji abang, cuba kira kan.

kad kong bertukar tangan. bilangan hari bekerja aku kali dengan duit bayaran yang dijanjikan. hampir mencecah seribu ringgit. 

Lokman : haih, bila kita nak dapat payment ni yang. 

keluh Lokman. 

Aku : sabar dulu bang. nanti dah siap keje insya-Allah ada duit. buat kerja elok, mesti orang bayar kat kite kan?

aku pujuk Lokman sebenarnya. walaupun diri sendiri tak pasti tentang apa yang aku kata tu. 

Lokman : oklah. jom siap. mandi kat masjid? 

aku angguk dan memasukkan kain salinan ke dalam beg guni yang ada. masih dalam keadaan berpisat-pisat mata aku membontot Lokman ke kereta. 

seusai mandi, kami singgah di kedai. membeli dua batang rokok suria dengan nilai satu ringgit dua puluh sen. kemudiannya, singgah di gerai membeli nasi lemak telur mata. nilaian satu ringgit lima puluh sen. 

Lokman : tu balance lima puluh sen tu duit sayang. 

lucu. aku gelak je. walaupun ada lima puluh sen tetap ingat kat aku. tiba-tiba je mata aku masuk habuk. kami mencari tempat yang selesa untuk berkongsi sarapan nasi lemak tadi. Lokman membaca doa makan dengan suara yang boleh didengari aku berserta maksud sebelum menyuapkan suapan yang pertama dalam mulut aku. 


deep. hilang segala elemen romantik yang biasa kami praktik bersama-sama. walaupun aku sering makan bersuap dengan Lokman; situasi kali ni berbeza kerana selalunya aku sediakan makanan yang secukupnya untuk dua tapi kini kami berkongsi satu. 

secara emosi, aku teringat segala pembaziran makanan yang aku pernah lakukan dulu. secara bergenang air mata, aku kutip segala nasi yang kadangkala tumpah dan makan. Lokman tersenyum. hambar. 

Lokman : tu lah, masa rezeki ada tak syukur. 

eh, tengah dilanda emosi sedih pun Lokman masih ada mood nak bahan aku. 

Lokman : kejap lagi kita pau Aji sikit duit. nanti tengah hari makan nasi ayam.

pesan Lokman terakhir sambil meronyok bungkusan nasi lemak yang sudah habis dimakan oleh kami berdua. 

kihkih. 

tengah hari tu. aku dapat makan nasi ayam dan aku kedekut tak kongsi dengan Lokman dah. 

tu je ending cerita boring aku. 

kbai. 

p.s : 
1. pernah terbaca statement yang percaya untuk hidup susah senang bersama yang aku fikir, kalau boleh bila dah kahwin biar senang je yang sama-sama. susah tu tak payah. 
2. aku akui, dalam masa aku menulis ni. ada yang pernah melalui perkara yang lebih susah dari aku lalui. 
3. syukurlah dengan apa yang kita ada. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.