Pengikut (Blogspot)

Khamis, 22 September 2016

update (21) : lumpsum cerita

hello semua, salam siang...

lama sangat tak tulis blog ni. lama jugak tak online dan singgah baca blog kawan-kawan.

entahlah. aku dua tiga hari ni rasa lenguh-lenguh badan amat sangat.  belum sempat berurut. maybe aku banyak habiskan masa untuk long distance dan tidur pun tak berapa nak menentu.  dengan adanya masalah jiwa lagi.  macam-macam.

sekarang lokman ada ambil kerja tukang dengan pakcik dia.  buat hoarding dan sedikit kerja-kerja pembersihan tapak.

while aku dapat juga buat lukisan kejuruteraan untuk dewan dan surau dengan Ncik Bos Botak. baru nk mula. harap semua berjalan lancar.

bercerita tntg syarikat kontraktor berdaftar dengan cidb,  aku baru berjaya dalam 2 minggu lepas.  alhamdulillah.  terima kasih kpd mak ayah yang bagi modal,  lokman yg tak mudah mengalah,  warga cidb yang memberi peluang, tunjuk ajar pakcik-pakcik kontraktor otai samada secara lansung atau tak lansung dan kepada semua yg membantu tapi aku tak mention kat sini.

walaupun lesen ini kecil dan masih samar penggunaannya aku hargai sangat. ia menunaikan salah satu impian aku.  terima kasih.

aku harap peluang ni dapat memberi peluang kepada aku dan Lokman untuk survive dalam industri pembinaan seterusnya dapat membantu diri sendiri,  keluarga, kawan-kawan kerja,  amasyarakat setempat,  dan negara.

kbai.

2 ulasan:

  1. mun pun lama x jenguk blog kengkawan...baru berkesempatan ni..

    hmmm sama plak kiter.. badan lenguh2 ni.. banyak angin pun yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. macam sibuk sangat je gayanya.

      haha

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.