Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, September 28

other and other partner (10) : hari jadi

hello semua, selamat siang...

serius berteleku lama dengan komputer. fikir nak taip apa. kat rumah tadi ooi, macam-macam nak taip. tapi bila cc ni. hampeh. mana entah ayat puitis aku.

boleh kata this year kewangan aku dengan Lokman adalah sangat-sangat tak baik. pernah satu minggu tu kami sesen pun takda. haha! 

kita anggap je hal ini adalah biasa dan ekonomi dunia merundum. 

jadi hal-hal hari jadi segala ni kami tak amik pusing. masa hari jadi aku yang lepas pun Lokman takda nak celebrate apa pun tak silap. 

jadi nak dijadikan cerita, hari ni hari jadi Lokman. 

Lokman serabut pening seminggu ni. aku malas sangat amik port dengan dia. aku jarang bersembang dengan dia. jadi aku ingatkan hari jadi dia esok. 

pepagi Lokman akan bangun awal dan hantar budak pegi site. selalu time tu dia tinggalkan aku kat rumah. aku kekadang masak jugak la nasik lauk telur masak kicap. makan romantik bersama sarapan pagi menggantikan nasik lemak kalau sarapan kat kedai.

hari ni Han cuti. nak balik rumah. jadi Han masakla nasik goreng. aku rilek sahaja nak packing sana sini.

sedang lepak sarapan pagi jam 11 macam tu, aku sembang menyembang dengan Han dan Lokman tetiba aku keluarkan statement 

Aku : Han, esok hari jadi Lokman tau, aku pun tak tau nak bagi apa. 

padahal aku dah rancang la sedikit suprise dalam otak aku ni. aku ada nak beli something yang touching-touching ke apa. 

Lokman : hari jadi abang hari ni lah!!

marah sikit.

Aku : eh. hari jadi abang esok lah.

marah aku pulak. haha!

dah dua tiga kali nada semakin tinggi tak puas hati, aku belek phone dan tengok tarikh. amik kau. sekali betul lah hari jadi Lokman ini hari. aku pun tak buat apa-apa hari ni. 

aku belikan coklat waffle je pun. aku dengan rasa bersalah tanya lah, ape yang dia nak sempena hari jadi dia ini hari. aku bukan berlakon, serius aku lupa. 

Lokman : ala, tak susah. bangun awal pagi pukul 6 pagi ok dah. tu pun dah jadi hadiah yang paling baik untuk abang.

nada sinis yang aku rasa ada betulnya. 

haha. bagi aku bangun awal tu sangat susah. sangat-sangat susah. untuk kali ketiga aku beritahu, ianya sangat susah. 

macam mana nak fulfill ni?

hmm.

last but not least, seperti pasangan-pasangan lain juga aku nak wish kepada Lokman.

selamat hari lahir. semoga apa yang diimpikan tercapai. semoga abang dapat berbakti kepada diri sendiri dan keluarga. jadilah suami yang soleh, anak yang taat serta ketua yang penuh ehsan. walau apa pun yang terjadi, kita kena tetap harungi bersama-sama; macam yang kita buat sebelum ni dan mungkin perlu ditambah-baik lagi. 

cukuplah tu. ucapan dah macam buat laporan struktur pulak aku baca. sebab tengah tepu kepala aku dengan  benda alah macam tu. haha!

kbai. 

7 ulasan:

  1. Jarang-jarang wife lupa birthday husby ni .. heh . tapi takpelah, kalau dia jenis tak kisah ok la. Kalau jenis yg kisah nanti kang macam-macam dia fikir pulak . Ape pun happy belated birthday to Lokman. Moga korang bahagia 'til Jannah.

    Gittchewww..

    BalasPadam
  2. banyak sangat memikir ni... sampai terupa tarikh tarikh penting :-)

    BalasPadam
  3. Saya pun kadng lupa benda ni. Nak selamat tulis siap-siap kat kelender rumah tak pun pejabat.

    BalasPadam
  4. Bertuah punya bini!
    Selalu org lelaki yg lupa tarikh-tarikh macam ni. Tapi kalau Mas yg masih muda memang kalau dekat kakak selit bawah ketiak kakak ni tau hihi... Nasib baik en Lokman jenis macam suami kakak tak kisah hal birthday-birthday ni. Yg penting lalui hidup dgn aman-damai.

    Eh... bangun pagi pukul 6 pun payah. cepat ambil azam baru sempena awal tahun ni haha...

    Salam maal hijrah dari kakak dan maaf dari kakak yg selalu gurau kasar dgn Mas:)

    Buat en Lokman sanah helwah dik!

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.