Pengikut (Blogspot)

Rabu, 22 Jun 2016

ramadhan 1437 : ubah cara hidup

hello semua, selamat petang...

tablet aku rosak. tapi takde la tahap takleh nyala. ada certain time aku masih guna tablet tu. tapi kebanyakan masa sekarang, aku melukis drawing dalam buku log panjang. 

aku sekarang dah totally ubah jadual dan hidup aku. jika dulu makan gaji, aku ni buat kerja berdasarkan guideline atau arahan orang lain. segala detail, checklist semuanya dah disediakan. even secara tak lansung. 

jadi, bila aku berhenti aku jadi lost sekejap. kejap tak kejap makan bulan juga semangat aku terbang. 

Lokman ambil inisatif belikan aku buku log panjang yang tebal. masa memula dulu aku hanya tulis jadual kerja, barang apa nak guna dan kos-kos yang terlibat. 

kekadang masa 'break' sekejap menunggu kerja. there is nothing to write. 

jadi aku mula melukis drawing, spec, sebutharga, jadual kerja dan lain-lain keperluan kerja kontrak setiap hari. ia macam dah jadi jotter book aku la. 

apa yang Benjamin Franklin cakap : 

Either write something worth reading OR do something worth writing. 

aku jadi semangat buat apa kerja. semoga ia berguna satu hari nanti.

kbai.


p.s : asal kerja kontrak Lokman tak putus, aku dah cukup senang hati dah.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.