Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Jun 17

ramadhan 1437 : gentleman.

hello semua, selamat petang...

sabar wahai sayang. walau apa pun dugaan kita; aku tak mahu tersalah langkah lagi. jadi aku pilih untuk berada dibelakangmu dan disampingmu. memijak bekas-bekas tapak kakimu selepas kamu memijaknya. 

kerana; pengajaran yang lepas ialah aku menjauhkan kamu ketika kamu dilanda masalah. aku menidakkan kamu ketika kamu sedang marah; menyatakan kamu salah ketika kamu sedang gundah. 

kesilapan itu, yang aku paling takut untuk ulangi. 

sabar wahai sayang. sikapmu yang gentleman adalah kekuatanmu. sikapmu yang sedaya upaya menunaikan janji adalah intipati syurgamu. aku setiap hari memilih untuk menghayati ini dan tersenyum. 

apa pun dugaan kita, ayuh pipitkan segunung doa pada Dia. ya Razaq, bukalah pintu rezekiMu di bumiMu yang luas ini. 

kbai. 


p.s : sentimental la pulak kite. hahaha. 

5 ulasan:

  1. Semoga semuanya baik-baik saja. :D

    BalasPadam
  2. Tidak salah mengikut jejak sudah pasti membawa seribu kebaikan dan nikmat di penghujungnya.

    BalasPadam
  3. Itulah kenapa Allah kurniakan dia buat Mas.
    Dia mampu membimbing dan memberikan yg terbaik.

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan.. inshaaALLAH..

    BalasPadam
  5. kata orang, disebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita disampingnya.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.