Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Februari 22

tin kosong (18) : kehendak dilengkapi, keperluan dipenuhi

hello semua, selamat petang...

lama tak update. sekarang aku tolong Lokman pasang tile kat Kajang. teman menyemak. kekadang potong tile. kekadang update instagram. jemput singgah id:lokmanconstruction2103. huhu. iklan jap.

pagi tadi, sebelum sampai site aku sakit perut. korang tau la kan, Bangi dengan Kajang memang tak jauh but now, we talked about traffic. kihkih. beria. aku cuma nak bagi tau yang aku tak sempat nak melunaskan hajat di rumah yang aku panggil site tu.

Lokman berhenti kat Caltex, depan sikit dari High School Kajang untuk mengepam tayar. ah, memang cantik sangat lah tu.

aku terus buka pintu kereta dan lari sambil melilau mata mencari tandas. hajat nak memerut meningkat ke angka sembilan puluh peratus. membuka pintu utama tandas, aku tancap satu lagi pintu dan pintu itu didapati terbuka.

hati aku berbunga riang. mengambil tempat dan ingin menyandar di tandas duduk yang disediakan itu untuk melunaskan hajat.

baru nak feel gitu, telinga aku pulak secara tiba-tiba didendangkan irama lagu tanpa lirik. mendayu-dayu menemani aku memerut. di kesempatan mendengar lagu tersebut sambil melunaskan hajat, aku hayati keindahan tandas ini.

awesome jugak siapa yang design. kalo pereka tu depan mata aku tadi (takkan dia nak join aku memerut, haha) aku nak angkat dua tangan thumb up acu depan mata dia. nak tau pasaipa???

tandas tu bersih. thank you kat cleaner tu. yang menampakkan pembersihan dijalankan secara sistematik adalah melalui satu alatan tambahan di atas bakul sampah bulat, berbentuk bulat juga digunakan untuk mengetap ruang antara plastik dan bakul sampah. nak elak terbang, kotor or teralih. some sort of that.

tepi kiri ada pili boleh laras yang airnya laju dan ketinggian selesa.

jubin dinding yang digunakan adalah jubin biasa di pasaran. less is more warna putih ditambah segaris hitam nipis di bahagian atas. jadi pereka tu berjimat. toilet tetap cantik.

hanya sticker yang digunakan sebagai pemberitahuan untuk mengepam tangki selepas digunakan dan mengagumkan sticker tu memang menarik dan boleh buat ko tersenyum dan merenung sehingga itulah sisa buangan selamat dilunaskan oleh air dan kita sebagai pengguna akan automatik menyemak semula tandas tersebut.

lega pun lega. keluar ke sinki, belah kanan ada quote of the day dengan kaligraffi yang pelbagai dan bahagian atas cermin ada lukisan nature yang dimodenkan.

memang puas hati, lega dapat. selesa dapat. percuma lagi. hihihi.

tapi, apa yang penting ada lagu tu. tu paling lejen.

adakah aku terlampau teliti, or apa yang cuba dihayati oleh pereka tu aku rasai.

mana-mana pun boleh kan. haha.

kbai.

p.s : hebat tak tajuk. haha!

4 ulasan:

  1. ayat ayat digunakan tu kemain nooo.. heheh

    BalasPadam
  2. aduh aktiviti memerut pun jadi menarik..dok terbayang taik ja.hahaha..

    BalasPadam
  3. Itulah bezanya kalau yg qada' hajat seorg engineer dgn org biasa-biasa. Peka dgn environment sekali:)

    BalasPadam
  4. Jarang pulak aku dgr toilet kat pam station bersih dan begitu layak dipuji sampai begitu sekali. Erm, ada lagu tu agak menarik. Kurang la dgr aktiviti yg kita buat dlm toilet tu ye.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.