Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 29 Januari 2016

update (19) : lingkungan

hello semua, selamat pagi...

yup. demam tapi mujur terletaknya cuma semalam. dah tidur hari ni boleh bangkit jenjalan. survey tile. 

kadang-kadang, kita tak boleh memilih makan. kata Lokman kepada aku. makan tu maksudnya kerja. apa yang datang jika kita rasa kita boleh bantu, kita bantu dan kita siapkan. 

mendokong kepada falsafah itu, aku telah mengambil satu job berupa lukisan bagi kejuruteraan mekanikal sedangkan secara dasarnya aku adalah lulusan kejuruteraan awam. 

ia seperti, orang minang belajar cakap jawa. faham dan kadangkala tak. mendokong bahasa yang sama. erti yang sama dalam lenggok bahawa yang berbeza. at the end of the day, kita sebenarnya mendokong maksud yang sama. 

lebih-lebih pulak metafora aku. haha. 

mengambil skop kerja lain bukan bermakna aku mahu tunjuk hebat. cuma aku mahu belajar dan mengenali. bukan mahu jadi pakar tapi apa salah sama berkongsi. 

dan, ia hanyalah untuk mencari sesuap rezeki. 

waima apa pun. apa yang perlu, siapkan segala yang berkaitan dan cuba sebaik mungkin.

dan yang lain kita serahkan pada Dia. kerana Dia lebih mengetahui segalanya. 

kbai. 

6 ulasan:

  1. Apa pun juga yg kita lakukan kalau ianya dikatakan menimba ilmu pastinya kebaikan yg diperolehi Mas. Ini dikatakan serampang dua mata. Sambil buat kerja utk duit dapat ilmu baru. Apa lagi masa kerja dulu sedikit sebanyak dah ada ilmu itu sebenarnya dlm ingatan - lagi memudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la belajar sikit-sikit.

      masih bekerja dengan orang lagi, cuma lebih bebas dari bekerja dulu.

      :)

      Padam
  2. betullah tindakan tu... kena tambah ilmu dalam cabang yang lain pulak... tak lari jauh pun kan, lari skit je :-)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.