Pengikut (Blogspot)

Isnin, 25 Januari 2016

tin kosong (16) : tak kelakar 2

hello semua, selamat pagi...

ini adalah sambungan kisah semalam.

lepas aku rasa bersalah tinggalkan Lokman kat sungai dan aku pegi jalan-jalan, aku pun keluar dari computer center tu dan kembali semula ke bawah jambatan di tebing sungai tadi.

malangnya, kereta Pak Yop dah takde kat situ. aku dah gusar dalam hati.

aku gusar bukan ape. pertama jika Lokman sampai rumah sebelum aku, memang masak aku kejap lagi. kedua, kain jemuran tak angkat lagi. masa dah menginjak pukul 0530 petang. tu jugak akan jadi point kemarahan Lokman sekejap lagi.

serius cuak. lagipun telefon bimbit dalam tangan dah kehabisan bateri. itu adalah point ketiga untuk Lokman marah dengan aku.

bila dah jadi isteri, rasanya tempat yang paling selesa ialah kediaman sendiri. jadi aku pun memacu kereta aku pulang.

sampai rumah, Lokman belum balik.

lega.

aku masuk ke dalam rumah. mengecas telefon yang tidak bernyawa. oleh sebab tablet di rumah, tertera juga missed called dari Lokman di situ.

aku call semula.

Lokman menyatakan bahawa dia dan Pak Yop telah berpindah memancing di lombong kerana hasil tangkapan udang mereka adalah nil a.k.a pisang.

setelah menyelesaikan kerja-kerja mengangkat kain di jemuran, aku pick up Lokman kat lombong.

rezeki murah, dapat lebih kurang 15 ekor ikan jelawat. kebanyakannya rezeki Pak Yop.

inilah maksud happy sebenar.

kehkeh.

kbai.

4 ulasan:

  1. Itulah kalau buat sesuatu baik bincang dulu
    Kan dah terfikir-fikir yg tidak-tidak, walhal org tu syok memancing
    Nasib baik semuanya in order. Tapi en Lokman lagi nasib baik tak dpt udang tapi dapt 15 ekor ikan jelawat. Utk makan dua org lebih dari cukup sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      tu la die. mood yang boring bertukar happy bile dah dapat ikan.

      Padam
  2. 15 ekr tu bukan sahaja cukup utk makan, nak buat meniaga pun boleh :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko nak ke wan?

      aku tengah keringkan ni, buat ikan masin....

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.