Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Januari 24

tin kosong (15) : tak kelakar

hello semua, selamat petang...

dua tiga hari ni disebabkan oleh aku PMS, aku malas nak bercakap apa yang aku fikir dengan Lokman. aku serius fikir kalau aku cakap akan jadi gaduh. bila jadi gaduh akan menyusahkan ramai orang. 

haha. 

sometime, aku fikir nak escape jadi isteri tapi bila fikir balik macam mana ya keadaan tu sebab bila Lokman sehari takde je dengan aku; aku tahap menangis mengenang nasib. 

sometime, aku nak jalan-jalan. bila Lokman bagi permission aku sendiri tak tahu nak pegi mana.  

macam tak matang je fikir semua ni. 

macam hari ni, tadi; aku menggedik nak teman Lokman pegi memancing udang. tempatnya somewhere bawah jambatan.  

waktu memula datang tadi, aku ralit menjahit bantal untuk sandar dalam kereta daripada kain felt. dah siap, aku mati kutu. 

kemudian, aku berbaring di atas hammock yang dibentangkan sehingga aku tertido. bila aku bangun dan mamai, aku terus bangun dan pergi ke kereta dan jalan-jalan. 

akhirnya, aku tiba di computer center kat Ijok ni. terus bertapa aku tengok blog.

haha. 

ok la, rasanya baik aku pegi balik tengok Lokman memancing udang. sekurang-kurangnya bila dia dapat udang, aku jugak yang tukang habiskannya. 

haha.

kbai. 

p.s : orang cakap, even benda tak lucu tapi kita masih gelak berdekah-dekah. tu tandanya kita tengah sedih. 


11 ulasan:

  1. p:s: orang sedih kalau dibiarkan gelak berdekah-dekah,orang kata boleh jadi gila

    BalasPadam
  2. Ketawa sekadar menutup rasa hati yg berduka, apapun banyakkan sabar... Banyak ke lokman dapat udang? Sedapnya dapat buat udang masak butter & lemon

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat sekor je. tu yg patah pinggang menunggu

      Padam
  3. kadang-kadang benda sedih pun, kita ketawa lama-lama hilang jugak rasa sedih nya...jadi ketawa la berdekah-dekah :D

    BalasPadam
  4. cecuba p blaja mancing udang dgn lokman tu...mana tau tetiba jadi minat plak mancing udang :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.

      aku dh 3 tahun tmn die g mancing. stkt ni die boleh pengaruh aku tangguk ikan betutu je wan.

      Padam
  5. Hurm hai. Lain mcm angin pasang surutnye tu. Ada sesuatu ke? Hehe

    BalasPadam
  6. Mas ni ada kecelaruan sebenarnya
    Dah elok-elok duduk teman en Lokman pergi ke CC tu kenapa
    Lain kali bawa sekali laptop kalau nak memancing:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      bahaya bawak gadget kak. bawah jambatan.

      pandang ke bawah adalah dalam 5 meter.

      nak ke mana-mana pun tak boleh.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.