Pengikut (Blogspot)

Rabu, 27 Januari 2016

siri kraf (1) : minat seni kraf


hello semua, selamat petang...

lama gila tak post gambar dalam blog. selalunya akan update guna tablet jadi susunan gambar yang baik tu susah nak achieve.

semenjak aku keguguran dalam last year, i feel myself a little mourn and lonely. even aku redha dan bersyukur, aku admit yang tiada apa yang boleh mengisi kekosongan hati aku. 

jadi, bagi mengelakkan diri aku menjadi lebih saiko dan tiga suku moreover aku cuba untuk berdiri di atas kaki aku sendiri jadinya aku sibukkan diri dengan kerja-kerja kraf. 

aku sebenarnya orang yang tak pandai lansung menjahit. hidup aku tak didedahkan dengan perkara-perkara jahitan before ni. 

Decorative Pillow

mula-mula masa aku berjinak-jinak dulu aku belajar jahit manik. embroidery style. cuba-cuba di lengan baju. buruk ya amat. mungkin aku tak berguru dan hentam kromo jer.

sekarang aku macam gila dengan kain felt ni. kain sintetik macam baldu. boleh buat macam-macam.

yang ni Lokman mintak tolong aku buat bantal sandar leher kat dalam kereta. ni lah jadi hasilnya. 

cantik kan?

haha. 

ni balik nak fikir macam mana nak sambung telinga dia pulak. 

jadi bagi untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yet sebagai medium untuk aku belajar menjahit, aku akan post dalam blog beberapa karya aku yang tahap Pablo Picasso ni. 

haha. lawak je. 

kbai. 

p.s :
(1) nak baca pasal construction dan rumah kabin boleh usha (LOKMAN CONSTRUCTION)
(2) nak tengok aktiviti kerja construction, memancing, felt boleh usha (instagme lokmanconstruction2103) insta id : lokmanconstruction2103

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.