Pengikut (Blogspot)

Selasa, 1 Disember 2015

Yeyen Tongga

hello semua, selamat pagi...

Yeyen Tongga semalam kena jerat dengan tali kat bawah pokok cermai. patutla malam sebelumnya Yeyen skip dinner. ingatkan gi mengorat ke ape. aku rilek je tak carik.

pagi tu Bapak round belakang rumah tengok Comel Laste mengiau-ngiau. Bapak datang dekat, nampak Yeyen kena jerat. Bapak pun lepaskan. Mak Lokman panggil aku. terkejut tengok badan berlumpur. maybe Yeyen cuba lepaskan diri. tu yang badan berlumpur habis tu.

aku pun bersihkan badan Yeyen, stail mandi la tapi. Yeyen kesejukan kot dan meronta dengan kaki sebelah yang tempang. Yeyen meronta, berlari tiga kaki, memanjat dengan laju ke atas meja kerja di luar rumah dan terus masuk ke dalam kotak di situ.

aku kejar Yeyen. aku intai kotak dan panggil nama dia. Yeyen pandang. marah. mungkin sebab aku mandikan dia dalam keadaan kaki dia sakit macam tu. dalam pada tu, Yeyen meronta-ronta ibarat menahan kesakitan yang amat sangat.

aku rasa bersalah kat Yeyen Tongga. aku pun biarkanlah dia dalam kotak lepas aku mintak maaf dan suruh Yeyen rehat. duh.

aku bagitahu Lokman, Lokman cakap jangan kacau Yeyen dulu.

lepas 2 3 jam macam tu, aku intai balik Yeyen mula slow down. bulu pun dah kering. dah tak meronta macam tadi. masih dalam kotak tu. tengah hari aku upah semua kucing makanan cair. kalau ikot jadual bagi makan jelawat yang Lokman pancing je. takpe janji Yeyen happy. semua kucing aku happy bila dapat makanan cair sebab jarang dapat. haha.

tengah hari tu, Yeyen makan asing. nak bangun pun tak boleh. makan baring kat meja. yang lain semua kat tempat biasa la. tapi Yeyen makan lahap, yelah dah seharian berlapar.

dah sihat la tu.

lepas Maghrib tu memang selalunya aku bagi makan malam kat kucing-kucing aku. aku gorengkan ikan jelawat. Kuning Jamelah biasalah, favorite nombor satu tak tentu arah bila tengah menggaul dengan nasi.

bila sampai kat area pinggan makan kucing dan semua membontot aku. aku nampak Yeyen yang atas meja tak jauh dari tu. masa aku meletakkan makanan itu ke dalam pinggan dan bangun memandang belakang aku tengok Yeyen dah sampai belakang aku.

gila laju budak ni. padahal sakit. bau makanan terus laju je. aku gelak dah. Yeyen dah sihat la tu. padahal sebelah kaki asal membengkak tiga kali dari saiz asal kaki dia.

lega aku Yeyen dah sihat.

kbai.

4 ulasan:

  1. Mas boleh geng dgn anak-anak kakak.
    Yeyen tu tengah sakit tu sebab bila dimandikan meronta
    Kakak tengok kucing anak-anak kakak kalau mandi ok aje.. siap bila dah bungkus tuala duduk diam.
    Alhamdulillah Yeyen dan sihat - kaki tu kena letak minyak gamat Mas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua kucing mas mandi susah. termasuklah mak dia yang kuning tu. aah, letak minyak gamat. mak lokman bg smlm

      Padam
  2. rindu kat Rio. Masa kaki Rio mula2 kena potong dulu air mata mesti nak menitik bila tengok dia. Mata dia tu cukup bagi tahu kita dia sakit

    BalasPadam
  3. Gambar mereka takde ? nak nengok.. heeeee.. =)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.