Pengikut (Blogspot)

Selasa, 1 Disember 2015

update (18) : finally, i am give up

hello semua, selamat pagi....

dah lama tak tulis blog. sengaja mengabaikan blog yang tiada penyinggah ni. huhu. ada beberapa perkara yang menyiksa benak aku. aku resign secara drastik. yup, aku ada banyak komitmen. aku rilek buat keputusan nak resign. huhu. betapa bodohnya aku kan.

selepas aku resign, aku takde lah rasa menyesal or menyalahkan sesiapa. ada satu tahap kita mesti move on dari sesuatu yang tidak boleh work out dengan kita.

aku resign pada awalnya atas faktor personal. apabila satu institusi tidak mempamerkan satu rasa selesa dengan kehadiran diri aku. baiklah aku decide nak berhenti. buat sakit mata orang memandang, sakit hati orang menilai dan lambat laun ia akan memakan diri sendiri juga. bukannya lari dari masalah, tapi aku taknak tambah masalah yang aku ada. kemahiran analisis aku sangat tinggi. aku sangat sensitif dan peka dengan perubahan sekeliling aku. nampak aku rilek tak kisah, sebab aku yang peka terlebih ni dah diajar oleh orang tua aku dan suami aku untuk let go jika ia tidak memudaratkan diri. namun, sekali dua tiga. stop baby, you are too much.

ada orang cakap dengan aku, bincang adalah jalan yang terbaik. aku macam garu kepala lah. jika lah orang Malaysia seorang negotiator yang baik, aku pertimbangkan lah jugak nak berbincang. poorly, negara kita bukan macam tu.

tambah lagi, kos sara hidup meningkat menyebabkan aku total lost ditengah bulan menyebabkan aku merasakan ada betulnya tindakan aku berhenti kerja. tapi benda ni subjektif. aku tak menyalahkan tempat kerja aku pun. aku tak ungkit pun rezeki yang diberi. syukur lah ada gaji dari takde income macam sekarang. sebab tu semua orang tak pernah dengar aku merungut nilaian gaji aku. tapi aku tahu orang semua tak selesa bila tengah bulan aku meminjam sana sini. ape boleh buat, duit takde lansung. dah tau gaji kecik, sape suruh aku duduk jauh dari tempat kerja. blame me. huhu.

ada satu dengan rasa mengasihani, aku tak tinggalkan company tu dengan terus. aku ada niat nak sambung kontrak 3 bulan. dari hati yang tulus ikhlas ni, aku nak train budak dan siapkan kerja-kerja drawing yang aku dah mulakan. bukannya aku nak perlekehkan orang lain tapi aku dah 5 tahun pengalaman compare orang fresh graduate yang boleh sambung drawing aku, for sure lah susah. sekali lagi aku bodoh mengasihani orang yang tidak menghargai aku. ia ibarat melepaskan anjing yang tersepit sahaja. huhuhu.  semua drawing tu aku dah berjaya siapkan. even lambat. ia juga adalah salah satu punca rezeki. isn't it?

tapi malangnya hari akhir sebelum tarikh resign aku berkuatkuasa dan nak masuk ke tarikh kontrak, aku dianggap bukan ahli syarikat tu lagi. aku macam sekali lagi garu kepala lah. seberapa gini aku sudahkan drawing untuk company yang budak baru tak boleh nak tackle. segini yang aku dapat.

entahlah. aku terus takde hati nak ajar orang dan sambung kontrak. hina sangat ke aku ni. sampai kena dianggap macam tu.

aku ada bawa fail balik, dan fail itu adalah fail personal aku yang aku simpan semua slip gaji aku. memang aku failkan. pelik ke orang simpan slip gaji satu fail. aku ada juga bawak balik folder dalam p.c dan itu semua design proposal aku sahaja. hak aku, hasil cipta kreativiti aku. aku tak ambil dokumen projek lama-lama yang bukan hak aku. bagi aku etika tu bukan letak cecehnya kat mulut. tapi dah memang dari perlakuan, personaliti dan hati.

aku ada bawak balik komputer yang bos beri. malangnya komputer tu tak boleh hidup lansung. last sekali aku guna laptop aku, cd Autocad tu pun Shida yang bagi pinjam, dapatlah aku repair Autocad yang rosak dalam laptop. dah satu keje aku kena pulang komputer tu sekarang. adoi. even tak guna, tapi bukan personal belonging tetap kena pulang.

kebetulan ada satu kes, printer personal pun guna untuk ofis juga. tapi printer tu dah rosak. aku tak salahkan orang yang rosakkan printer aku. rosak pun sebab print barang dari ofis juga. cuma printer milik ofis je lah yang aku ambil bawa balik dan digunakan sekarang ni. jika mintak dipulangkan. aku pun garu kepala sekali lagi.

beberapa projek yang aku siapkan selepas resign dijanjikan untuk dapat extra income. aku bukan beria-ia nak duit tu segunung intan emas permata. asal lepas duit minyak tiga empat hari, duit testing rebound hammer tu cukuplah dan bayarlah sekadar mampu. aku cuma nak orang mengotakan janji sahaja. kerana orang yang mengotakan janji itu ciri-ciri orang yang beriman.

itu sahaja penjelasan. aku sebenarnya dah tawar hati nak cerita dengan pihak pengurusan pasal perkara ni. kelakarnya aku, apa yang aku tulis kat sini aku tak mesej pun. tak bercakap pun. nak singgah ofis pun rasa berat. malas dan liat. entah kenapa aku perlu berada di sana lagi jika sekelumit kerja aku pun tak dihargai. tu je aku fikir.

adakah semua tempat kerja begini? adakah semua syarikat industri kejuruteraan berorientasikan perkara-perkara ini untuk survive? adakah kita perlu memimpin orang yang tidak suka kita? adakah memang lumrah, jika kita miskin kita layak dihina? jika kita tiada sumber kewangan tapi ada bakat ia adalah satu yang sia-sia? adakah dunia ini sebegini kejam, atau aku yang tunduk pada kekejaman itu?

mungkin semua ini disengajakan. finally, i am give up. kbai.

p.s : aku hanya sekali je guna company untuk submission tanpa beritahu dan dah terbongkar pun. demi Allah tu je sekali. sehelai kertas sahaja. masa aku buat keputusan tu, aku ingat nak bawa company tu, drawing tu ke merata Malaysia so that semua orang boleh kenal bagusnya designer yang boleh buat banyak benda. tu sebelum aku sentap tu lah. kalau nak mintak payment memang takde payment dah la. aku submit pun sebab nak tolong sedara aku. aku akan bncg dengan BOMBA tu. tanya untuk tolak permohonan tu dan bermula sekali lagi. itu terbaik dan tak menyusahkan ramai pihak. aku susah kan takpe, jangan orang lain susah. huhu.

p.s : ini luahan perasan sahaja. semoga Allah SWT merahmati aku dan keputusan aku yang aku sudah fikir ia adalah terbaik untuk semua orang. walaupun ia nampak drastik tapi aku sudah berfikir lama untuk membuat keputusan ini.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.