Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Disember 2

klinik pergigian kerajaan

hello semua, selamat tengah hari...

pagi ni ada temujanji tampal gigi. kat klinik kerajaan. Klinik Pergigian Bestari Jaya. adalah jarak 15 minit dari rumah pakai kereta. temujanji jam 1130 pagi. lepas Lokman ada bincang hal kerja 2 hari, dia terus hantar aku pegi sana. berteman lah aku g klinik hari ni. huhu.

macam dua minggu lepas, masa aku dah start demam sebab gigi dah terlampau ngilu malam-malam aku pun decide nak pegi klinik. entah apa la penjadualan hidup aku ni. dari before mengandung gigi dah start pecah. kemudian masa awal kehamilan periksa jugak. doktor suruh tampal aku tak pegi. entah ape masalah time tu, aku pun dah lupa. kemudian, selepas tu dah sakit setiap hari barulah teringat nak gi jumpa doktor ye tak. ade kelapangan pun masa sekarang ni.

masa tu doktor cadang tampalan sementara. doktor gigi tampal macam satu lapis kapas. dalam tu cengkih katanya. doktor cakap nak matikan kuman. sebab lubang terlampau dalam. tu yang tak boleh tampal terus. bijaknya doktor. puji aku dalam hati.

tak sampai 10 minit, siap tampalan sementara. ada rasa panas masa nak tampal tu. ala rasa macam pahit-pahit cengkih yang dipanaskan. ape ada hal ye tak? takde la sakit mana.

sebagai aku rakyat marhean biasa, aku takutkan doktor gigi. momokan sakit cabut gigi tu dah dari aku sekolah rendah kot. hahaha. jadi bila aku rasa okey tak sakit. terasa la macam nak peluk doktor tu. hahaha.

hari ni pagi pun rasa cuak nak g jumpa doktor. tu yang merengek ajak Lokman teman tu. hahaha. yang cuaknya apa, bila orang cakap tampalan sementara tu kena tanggal semula dan tampal baru. kan banyak step tu nak siap. baru aku sedar aku jenis orang takut pada banyak prosedur kesakitan. huahua.

bertambah cuak lagi baca group Whatapps, bile Bandle cakap pengalaman dia operate saraf dan cabut gigi, sakitnya bertahan sampai seminggu. yang Payeh pulak dalam group bagi gambar ukiran sabun berbentuk ikan as pre-dentist tu punya praktis pertama before craving gitu. adooi. gigi aku bukan sabun. dup dap dup dap dalam hati aku.

aku masuk dan bagi salam bila nombor aku dipanggil. aku nampak kerusi dentist yang seram tu. aku duduk bila disuruh. cepat-cepat. beberapa kali juga aku diminta untuk membetulkan kedudukan sehingga mencapai keselesaan aku dan doktor tu. doktor tu laraskan lampu ke muka aku sambil mulut ternganga. aku perhatikan semua bahan dan alatan untuk menampal gigi aku dah tersedia. dup dap dup dap.

doktor tersebut mulakan operasi ke atas gigi aku. cuak. sambil diarahkan memegang tiub sedut tu aku nak bertanya juga. aku tanya nak buang dulu ke yang hari tu punya. doktor tu angguk. huahua. seram waaa cakap.

aku kembali ke posisi asal dan doktor sekali lagi memulakan operasi. aku terasa ikatan cengkih terlepas dari gigi aku. okey lagi. lepas tu die betulkan groove yang tak cantik tu. oooi perit cakapnya. tapi beberapa saat je lah. doktor tu kalau cakap sakit, dia stop sekejap dan sambung balik. okey la tu kan.

kemudian masa proses tampalan berlansung tak sakit lansung. aku first time tengok material yang guna untuk tampal tu tapi tak tau apa nama. diorang gam kan semua bahan pun pakai laser.

tak sampai 10 minit jugak, gigi aku dah siap tampal. oooh, tak sakit pun. bangun dan siap macam biasalah rasa nak peluk doktor tu. tapi aku takde la peluk. huhuhu. aku keluar senyum Lokman dah senang hati dah.

then aku realise yang maybe aku dapat doktor yang bagus menampal gigi. bukan macam pengalaman orang lain kot. teknologi dah canggih kita patut buang pemikiran bahawa klinik gigi tu adalah tempat yang menakutkan.

kbai.

12 ulasan:

  1. Aku dah lama tak g klinik gigi.

    p/s: Lama tak jenguk sini. :D

    BalasPadam
  2. Memang takut bila nak pergi klinik gigi. Tapi bila dah sakit gigi nak tak nak kena pergi dapatkan rawatan.

    BalasPadam
  3. Masih ingat lagi pengalaman cabut gigi dua tahun lepas. Alhamdulillah semua ok.

    BalasPadam
  4. Jika akit gigi bengkak mereka tak bagi cabut gigi tersebut. Kalau tak bengkak ok lah nak cabut

    BalasPadam
  5. Klinik Bestari Jaya tu kat daerah mana? Heheh. Cik Punzel, ko pregnant ke srkg?

    Pasal pengalaman yg baik kat klinik kerajaan tu, aku rasa tu mmg dah rezeki ko la. Sbb bagi aku, aku percaya juga dgn rezeki. YG selama ni dpt pengalaman buruk kat spital tu, aku rasa mmg dah nasib ujian dia gitu.

    BalasPadam
  6. hahahah...saya sendiri pun, ada fobia sikit dgn dentist.
    Tapi zaman sekarang ni, most procedure mmg dah tak sakit sangat pun.

    BalasPadam
  7. Betullah.. bab doktor gigi memang menakutkan.. letaklah hensem mana tetap tak jalan.. huhuhu..

    BalasPadam
  8. sis, macam mana nak wat appointment kt klinik gigi kerajaan?

    BalasPadam
  9. tu dapat dr. yg ok... kalau dapat yg tak ok, mau rabak mulut ni kena nganga...

    BalasPadam
  10. Nasib Mas tak ada masalah memanglah ok
    Kalau macam hubby kakak sampai kena buat minor operation. Seminggu makan bubur tau. Kesian.. Kakak memang ngeri tengok kerusi tempat nak cabut gigi tu pun dah macam nak terkencing haha...

    BalasPadam
  11. done folo, folo me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

    BalasPadam
  12. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.