Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, November 17

Kiki Isketambola

hello semua, selamat malam...

setiap kali aku bosan, aku akan reka nama kucing-kucing aku kepada dua perkataan. contohnya Nuning Jamelah, Yeyen Tongga, Lembu Buenoo, Kiki Isketambola dan Comel Laste. ikut dan mulut aku je semua tu. haha.

dalam hari Jumaat yang lepas, masa aku nak gi kerja aku nampak Kiki Isketambola duduk kat bawah tayar belakang kereta aku. sugul. demam. aku bawak Kiki kepada Lokman yang hantar aku ke pintu.

kemudian, esoknya aku carik Kiki tak jumpa. petang tu menyembang dengan mak Lokman, mak bagitau yang Kiki sakit dan duduk kat bilik dia. mungkin bilik tu sejuk.

sebab Kuning Jamelah punya anak Generasi Kedua ni dah pandai berjalan dan tidak boleh disumbat dalam lemari lagi. aku pun cadang dengan Lokman nak ambil sangkar kucing yang disimpan oleh keluarga aku zaman berzaman di Batang Kali.

Kiki Isketambola merupakan anak ketiga dari Generasi Pertama Kuning Jamelah. yang sulung Yeyen Tongga kemudian Lembu Buenoo dan dituruti oleh Kiki Isketambola dan Comel Laste.

macam mana aku boleh tau, aku lah Cik Puan Bidan masa tu. hahaha.

masa dah kelam kabut nak ambil sangkar semua malam Sabtu tu, aku angkut Kuning Jamelah dengan anak-anak dia letak dalam bakul. biar terbukak. yang si Kiki Isketambola aku pangku kat depan.

Kuning ni biasa naik kereta, tapi perangai tak reti duduk diam. memang dah biasa. dia akan duduk kat bahu orang yang drive. sebab Kiki sakit tak boleh ke mana, aku pangku. yang Kuning sebab aku taknak dia kacau Lokman, aku dokong la dia. dari Ijok sampai Batang Kali. mahu tak lenguh tangan. dah tu tak reti duduk diam. anak kat belakang mengiau tak henti. hujannya lagi.

selepas satu jam perjalanan dengan mulut aku tak henti membebel dan bergaduh dengan Kuning Jamelah, akhirnya selamat sampai ke Batang Kali. alhamdulillah. agaknya Kiki terhibur dengan telatah mak dia, Kiki nampak macam dah sihat sikit.

aku letak semua anak-anak kucing dalam bilik aku. yang kecik-kecik dan Kuning dalam sangkar. yang Kiki kat luar. bilik tu ada katil single. jadi aku tidur bawah. Lokman kat atas mengadap Candy Crush dia.

dalam pukul 0400 pagi macam tu, Kiki Isketambola tiba-tiba menggelupur macam tercekik. aku yang mamai pun cecepat bangun. Lokman dari jauh dah panggil aku.

yang paling touching #MohonKeLaut Kiki Isketambola meluru atas riba aku dan mati kat situ. lepas beberapa saat kemudian. aku tak mampu buat apa-apa. speechless dan terkedu.

terus aku baca Al-Fatihah. dalam mamai aku mengerti yang kepunyaan kita akan ditarik bila-bila masa menurut kehendakNya. seperti anak-anak syurga aku tu jugak.

aku nak nangis Lokman tak bagi sebab kalau aku bersedih nanti Kuning Jamelah satu keluarga kena buang.

ni yang kedua kucing aku dah takde. Lembu Buenoo dah hilang. antara mati or orang ambil aku tak tahu. jika ada orang yanb jaga Lembu Buenoo aku hope tuan baru dia mampu jaga lebih baik dari aku.

tu je nak kongsi.

kbai.

8 ulasan:

  1. Kasihan kat Kiki. Tak apa, nanti pelihara yang lain pula. bagus bela kucing. Boleh jadi terapi kepada kita.

    BalasPadam
  2. Syahdu juga baca kisah Kiki. kasihan Kiki.

    BalasPadam
  3. Macam-maca ada nama kucing. Kasihan kat kiki. kasihan kat dia.

    BalasPadam
  4. mula2 comel je baca nama tapi bila part mati di pangkuan, sedih plak rasa...

    BalasPadam
  5. macam pernah jadi pada kucing saya je..dia mengelupur,mulut berbuih terus mati..tak tahu sakit apa , punca semua tak tau..

    BalasPadam
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  7. Kenapa Kiki Ketam tu mati? Dia tercekik apa? Sedihnya, aku ingatkan cerita ni hepi ending.

    BalasPadam
  8. aku pun taktau knpe boleh mati. aku igt sakit biasa, blum smpat nk bg ubat. hmm menyesal jugak la.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.