Pengikut (Blogspot)

Selasa, 17 November 2015

cerita kanak-kanak (1) : melayu tipikal (4) : tin kosong (14) : menangis dalam tandas

hello semua, selamat malam...

sekarang aku selalu lepak kat satu site cerun berhampiran dengan sebuah sekolah agama. jadinya, setiap kali nak menunaikan hajat memerut aku akan guna tandas di sekolah tu.

sedang asyik menggunakan pili di sinki membasuh muka, tiba-tiba pintu tandas utama dikuak. masuk seorang pelajar perempuan, searas dada aku, kurus dan putih. bertudung dengan tag nama jenis tampal bernama Rahmah. Rahmah mengambil tempat pili sinki di sebelah aku.

aku rilek je la kan.

Rahmah membuka pili dengan kelajuan yang sederhana kemudian tiba-tiba air mata dirembeskan keluar. kemudian dia menutup mukanya sambil teresak-esak. alahai, aku kena tengok drama swasta ke ni. hmmm.

sudah dua tiga minit dia menangis, hati keibuan aku tak dapat dibendung lagi. kejam pulak rasanya kalau nak berlalu pergi macam tu je, ye tak?

aku pun tanya kat Rahmah;

Aku : adik dah kenapa menangis?

sambil cuba kawal esakan dia, Rahmah bagitahu yang kawan dia tak datang dan dia tambah lagi yang dia takde kawan sekarang. aku gelak je lah dalam hati, mungkin dia nak perli aku dan aku terasa sendiri. hahahaha.

Aku : kawan gi mana?

aku saje je la tanya.

Rahmah : kawan saya tak datang, saya tak tau kenapa dia tak datang. sekarang dah takde siapa nak kawan dengan saya.....

semakin kuat pulak teriakan Rahmah tu menghabiskan ayat tadi. aku pun terfikir, standard la dah dekat nak cuti sekolah kan. ada kalanya ada la yang tak datang. macam aku dulu tak datang sebab malas dan ponteng. huhuhu, andaian dalam hati je la.

dah mendengar semakin lama semakin galak Rahmah menangis aku pun cakap la kat dia

Aku : adik sabarlah, kawan adik bukan sengaja tak datang. mungkin dia ada urusan yang adik tak tau kat rumah kan? adik doa yang baik-baik je la untuk dia. doa esok kalau dia takde ape masalah dia datang sekolah.

huahua, nasihat tak berbayar yang aku pun tak tau boleh menenangkan hati orang ke tak.

tangisan Rahmah semakin reda. aku dah rasa lega hati dah. aku pun suruh la dia masuk kelas balik.

dia geleng dan makin menangis.

Aku : kenapa ni?

Rahmah : saya tak hafal doa Iftitah dengan doa Qunut, saya takut ustazah marah. dah la kawan saya takde kat sebelah.

hmm. patut lah.

Aku : banyak ke tak hafal?

Rahmah : Doa Iftitah sikit je, Doa Qunut banyak lagi.

Aku : takpe la, adik masuk je kelas cakap kat ustazah terus terang yang doa Iftitah dah hafal, doa Qunut belum.

aku cuba bagi solution. kalau dia kena marah dengan ustazah dia kejap lagi conform, dia ingat aku sampai mati. hahaha.

Aku : adik darjah berapa ni, macam mana boleh tak hafal?

saje lah aku siasat lagi. Rahmah mengangkat tangan dan menunjukkan angka empat. tahun depan darjah lima maknanya budak ni. mungkin dalam skala waktu ni umur 10 tahun adalah agak lewat bagi seseorang tidak menghafal bacaan dalam solat. itu yang cuba ditekankan oleh ustazah yang mengajar. itu mungkin kan.

Aku : macam ni lah adik, kalau dah susah sangat nak hafal. sebelum tidur baca tiga kali. sampai lah adik hafal. so, setiap kali nak tidur ulang lah setiap hari. lama-lama nanti hafal lah.

sekali lagi tips tak berbayar keluar dari mulut aku. mungkin dah perwatakan seorang perunding terlebih rajin memberi tips dan nasihat kepada orang lain walaupun tak diperlukan. kahkahkah.

Rahmah angguk-angguk kepala. aku pun malas nak over-nasihat dan mintak diri berlalu pergi. sebelum tu aku suruh je dia masuk kelas dan menghadapi kemarahan ustazah dia. aku harap dia menghadapi sesuatu kenyataan walaupun ianya pahit.

sambil berlalu aku terfikir bahawa kawan tu diperlukan. namun tak adil jika kita bawa kawan kita untuk membela kesalahan kita kepada kawan yang lain atau menanggung ketakutan kita. kita sepatutnya memberi kesenangan kepada kawan kita dan sekiranya kita tak mampu untuk membantu seorang kawan, rindu tapi tak dapat berjumpa hanya doa yang baik-baik untuk dia. semoga urusan

tapi, aku hanyalah seorang melayu tipikal; yang hanya pandai berkata-kata.

kbai.

p.s : ada satu ketika dan keadaan yang tidak dapat dielakkan, kita tak mampu untuk bertemu dengan kawan-kawan kita, menjelaskan dengan kebenaran. pada ketika itu, mungkin kawan-kawan akan salah sangka pada kita. dan biarlah mereka menyangka apa sahaja yang baik untuk hati mereka. sedangkan mereka tidak mengetahui. yang pasti titipkan doa agar mereka bahagia.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.