Pengikut (Blogspot)

Isnin, 19 Oktober 2015

update kerja (15) : surat perletakan jawatan

hello semua, selamat malam...

aku dah letak surat resign, berkuatkuasa sebulan akan datang. tak tahu nak mintak kerja kat mana. nak buat sendiri tu, kekuatan fikiran dah ada. cuma kekuatan modal kewangan melibatkan komputer berkuasa canggih yang selesa digunakan tu takde la.

kalau boleh, aku cuma nak kerja part time. anything yang boleh aku dapat income sikit-sikit buat bayar hutang. tu je.

ada ka kerja macam tu dalam dunia ni? aku sendiri dah tak mahir nak mencari kerja.

waktu aku kerja yang stail workaholic nak mampus; siang malam makan kertas dan idea. aku lupa bahawa perkara yang aku kejar ni bersifat sementara dan bertambah malang bukan kepunyaan aku. aku seakan-akan membiarkan mereka menggunakan aku berlebih-lebihan. aku redha, lebih-lebihan yang aku beri hanya ingin memudahkan semua pihak. semoga mereka mendapat manfaat dan faedah dengan usaha-usaha aku.

aku, selain dari ingin menjadi seorang Insenior cuma ada beberapa cita-cita yang boleh kata seangkatan dengannya. contoh aku pernah terfikir nak cipta spesifikasi kerja sendiri atau menulis buku berkaitan dengan kejuruteraan yang aku suka. pada mulanya masa Ncik Bos Botak letakkan kepercayaan kepada aku untuk design surau Kelas F, aku tukar semua "general notes" dalam drawing kepada bahasa Melayu. senang acik-acik Kontraktor macam mereka nak memahami dan mengagak skop kerja. kan ia lebih memudahkan walaupun ia nampak ringkas.

aku pernah fikir jugak nak jual kiraan besi yang aku simpan. aku pernah terfikir nak bukukan semua calculation dalam structure repair dan jual pada adik-adik yang duduk di Poli, universiti. yang penting dalam bahasa Melayu.

tapi semua tu memang tinggal kenangan la sekarang ni. sebab untuk menjadikan semua perkara ni jadi kenyataan aku perlu dulu ada Insenior di hadapan nama aku. aku jugak perlukan masa untuk menyediakan semula kiraan secara cantik-cantik dan difahami.

tapi kalau nk cipta spesifikasi tu memang gila la. cakap bolehla, nak buat mungkin tak menjadi. # fakta

anggap lah aku bodoh dan angkuh dengan semua yang terjadi kerana itu adalah prinsip hidup aku. antara yang benar atau salah yang aku pegang, aku tahu bahawa keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan melibatkan dunia dan akhirat.  kadang kala ada hati juga aku ni. perasaan dari dasar yang jauh ke dalam menyatakan aku dah jemu dengan politik pejabat tipikal bangsa aku sendiri. kadangkala aku juga pemain sebahagian itu. cuma bila ada sesuatu yang terjadi menyebabkan aku jadi tidak gembira; susah rupanya ingin membawa rezeki kepada aku.

kerana Lokman adalah sahabat karib yang akan mendengar serba serbi, Lokman dah buat keputusan untuk aku berhenti kerja dan gembira.

terima kasih kerana buat aku tersenyum kembali.

kbai.

p.s : ada sesiapa nak guna engineer tak? or buat designer freelance pun takpe....

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.