Pengikut (Blogspot)

Rabu, 28 Oktober 2015

update (16) : seven eleven

hello semua, selamat pagi...

macam aku cakap sebelum ni, hidup ni penuh dengan pelbagai pilihan.

antara pilihannya, aku memilih untuk bekerja dengan Ncik Bos Botak melalui project based. part time tiga bulan kononnya untuk satu projek cerun di Pantai Dalam.

aku setuju sebab projek cerun aku tak pernah buat.

dalam masa yang sama, aku dah pun dapat kerja seven eleven sebagai Ass. Sales Manager; buat masa sekarang training untuk tiga bulan. waktu kerja ada tiga. shift kan. pukul 11 pagi smpai 7 petang, 3 petang sampai 11 malam dan 11 malam sampai 7 pagi.

hurmmmm. macam mana nak g kerja pukul 0830 pagi atau pukul 0900 pagi ke Pantai Dalam kan? macam tak kena je time table dia dengan kehidupan aku ni.

Lokman pulak macam setuju sebab kerja tengah malam tu dia risau.

jadi nak taknak aku kena resign. lagi.

padahal aku suka kerja seven eleven. jumpa ramai orang, siapa-siapa yang aku boleh bercakap. bersembang apa sahaja. belajar marketing dengan cara yang lain dari apa yang aku buat sebelum ni. direct contact dan bla bla bla.

setiap hari adalah pelajaran yang baru. jumpa dengan adik-adik yang baru habis blaja dan baru nak up. boleh jugak sembang pengalaman dan bagi pendapat itu dan ini tentang masa depan.

huahua. happy jer.

tapi tu lah macam aku sebut yang hidup ni perlu buat pilihan.

kbai.

8 ulasan:

  1. Cari yg sama aliran yg Mas dah buat mungkin lebih menarik
    Building management agaknya pun ok juga walau bukan development sebab kakak dpt rasa Mas jenis mudah nak adapt dgn siapa aje.. tak apa akan tiba masa adalah kerja yg ngam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la die, masih lg mencari yg sesuai. terima kasih atas dorongan. huhu

      Padam
  2. yg mana rasa kena dgn diri, amkla.. moga berjaya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku insya-allah. keje mana-mana pun okey yui.

      thanks eh doakan aku.

      Padam
  3. semoga happy selalu dgn kerjaya yg dipilih., hehe2

    BalasPadam
  4. hai,
    kerja elok2 pastu belanja aku....(belanja gambar makanan dlm entri baru)
    hehe
    salam!

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.