Pengikut (Blogspot)

Selasa, 27 Oktober 2015

tin kosong (13) : negatif

hello semua, selamat petang...

kalau sehari kena habiskan duit sebanyak sehelai not lima puluh ringgit untuk minyak dan tol. sebulan dah mencecah angka seribu lima ratus ringgit malaysia.

hujung bulan jika negatif itu duit, ia akan membawa kepada negatifnya hati.

jumlah yang tinggi untuk mereka yang berulang-alik. tapi sebabkan aku punya passion kepada kerjaya ni membuatkan aku sekadar lelap mata.

pindah? rumah mertua adalah rumah seorang suami tercinta dan aku menghormati sebab musabab peribadi keperluan untuk menetap di sini.

mungkin ada rezeki sepanjang perjalanan nanti.

bila mungkin kegawatan ekonomi ni akan berakhir atau bila masa aku akan jadi kaya-raya?

hidup ni hanya ada jawapan yang dimulai dengan pelbagai pilihan.

mulanya tegapkan iman bahawa duit itu bukan segalanya untuk sebuah dunia keluarga kecil yang hanya perlukan senyuman dan kata-kata manis untuk hidup dan mencari lebih banyak rezeki.

kedua, sentiasa berusaha jikapun gagal dan teruskan berusaha.

kita akan tahu satu masa nanti, nilai duit itu sudah tak ada harganya.

mungkin jugak sistem tukar barter masih valid pada masa ini.

mengarut. kbai.

2 ulasan:

  1. Tak mengarut....aku rasa ada benarnya

    BalasPadam
  2. aku rasa duit dh mcm hilang fungsinya bila rm50 masa kini sama dengan rm10 masa lalu.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.