Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Oktober 17

aku ada kucing nama Kuning

hello semua, selamat pagi....

aku ada seekor kucing nama Kuning; nama manjanya Neng / Nyeng / Nyuning. seekor kucing betina kacukan British Short Hair dan Siam. mak Kuning kakak Lokman yang punya.

aku suka Kuning. even sekarang aku dah ada empat ekor lagi kucing tambahan nama Yeyen (Oren), Lembu, Kiki dan Comel. ok, semua nak tengok gambar boleh lawat insta aku. Lembu sekarang pun dah hilang taktau pegi mana.

satu benda aku gemar pasal Kuning ialah dia ni understanding. masa aku keguguran balik dari hospital, Kuning demam. dia tido je sebelah aku. peneman aku yang macam kena rasuk menangis 24 jam. Kuning ni ajar sekali je, mana nak makan, berak dan beberapa arahan lain seperti kat mana part dalam bilik aku yang dia boleh duduk bersantai. even kadang bila duduk ofis bawak dia kena buang najis semua, aku rasa aku ok sebab dia tak akan berak merata dan satu tempat je dia tuju. Kuning sahabat aku.

masa Kuning bersalin yang first edition dulu, aku siap membidankan dia. sweet gila moment waktu tu. even keluarga mertua aku tak berapa suka kucing, Kuning survive sebab Kuning jarang peleseran dalam rumah dan tido dalam bilik aku je.

tapi rezeki Kuning baik. Kuning bunting sekali lagi second edition. dah bersalin dekat 2 minggu tapi aku masih tak tahu kat mana dia sorok anak dia. sedih kan aku?

entah lah. sejak Kuning bunting kali kedua, dia dah tak mampu nak susukan anak-anak dia yang first edition tu. bila anak-anak dia duduk mengendeng dengan dia, mulalah dia nak marah. jadi bila dia mengendeng kat aku, automatik anak-anak dia akan mengendeng dan mintak susu, Kuning mestilah tengah sakit time tu. aku pun dah jarang dah mengendeng dengan Kuning sebab dia selalu moody marah-marah.

tapi aku faham la.

even Kuning marah-marah, aku tetap manjakan dia. even anak-anak first edition dia yang makin membesar tu dah pandai nak cemburu bila Kuning dapat makanan lebih dan makan kat pinggan yang lain. bukan aku nak buat Kuning spoil, tapi Kuning jenis makan perlahan bila aku campurkan pinggan nanti Kuning tak dapat makan apa-apa. sebab tu aku asingkan Kuning dari yang lain. bukannya aku lebihkan dia.

mungkin pengalaman jugak mendewasakan Kuning. masa hampir waktu bersalin, Kuning pandai membawak diri. bersalin atas loteng yang tak menganggu ketenteraman rumah. bawak diri sendiri je. bila nak makan baru datang carik aku.

takpe la. masih ada perkara yang menghubungkan aku dengan Kuning. Kuning marah-marah mengiau pun tak pernah cakar aku. cuma mulut je  bising. Lokman cakap takpe lah, mungkin Kuning dah besar, dia tak selesa bila aku belai-belai dan manjakan dia depan kucing lain.

ada satu malam tu, aku gaduh teruk dengan Lokman sampai Lokman nak buang semua kucing-kucing aku. aku pun merajuk lari kat belakang kebun sawit Bapak. tanda protes. Kuning dan Kiki membontot aku ke mana aku pergi. Kuning yang marah-marah tu tetap teman aku sepanjang malam. berteleku bawah pokok kelapa sawit. rare tak rare Kuning aku. sampai aku kesiankan Kuning yang sarat ikut aku, aku patah balik rumah. Lokman tengok Kuning teman aku terus lembut hati taknak buang kucing dah.

betul lah orang cakap, mesti ada sebab kenapa kita hargai sesuatu amat sangat.

mula-mula aku rasakan kebebasan yang aku beri pada Kuning akan membuatkan Kuning tu terabai dan memberontak. padahal Kuning tak pun. masih merasakan aku ni kawan dia kerana aku tak mengubah apa-apa layanan pun kepada dia. tetap sama macam dulu.

sekian sahaja cerita pasal Kuning. kbai.

2 ulasan:

  1. Itulah Mas binatang kalau kita sayangkannya dia pun tahu menilai. Kakak ni jenis geli ke takut tak tahulah dgn kucing tapi tak sampai hati bila nampak berkeliaran kakak bagi makan. Kuning tu cuma tak pandai cakap tapi dia sebenarnya sayangkan Mas sampai sanggup ikut ke pokok kelapa sawit..bayangkan.

    Sekarang rumah kakak ada 4 kitten dek kerana kesian kami jaga, anak-anak kakak tapilah yg jaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe la kak. kucing baru mas pun tak boleh nak masuk rumah. semua main kat luar je. kdg ada betul jugak orang cakap kalau nak jaga kucing biarlah rumah kita sekali ikut bersih. barulah dituntut syarak.

      tu yang kucing kalau boleh main kat luar rumah je dan bawa masuk kadang2. bekas makanan pun ada tmpatnya.

      kuning ni mencuri. mas tak kesah pun kalo kluarga mertua mas pukul dengan tujuan mengajar. sbb tu jugak skrg Kuning pandai tangkap tikus sendiri

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.