Pengikut (Blogspot)

Khamis, 17 September 2015

suami di perantauan (9) : terminal bersepadu selatan vol 4

hello semua, selamat malam...

aku sedar aku hidup di kalangan melayu tipikal termasuk Lokman; lelaki Melayu paling tipikal pernah aku kenal. Huhu. ia bermaksud, bila isteri/pasangan/kekasih merajuk di khalayak ramai lelaki Melayu tipikal akan memerhati dan melindungi dari jarak jauh. 

ape korang nak bajet Korea. boleh buat perangai tiba-tiba sedang berlalu pergi tu, tangan kena sentap dan dibawa ke pelukan? kemudian, ada dialog "jangan pergi" sebelum sarikata The End memenuhi layar. 

Itu tak berlaku ok. tipu je semua tu.

aku menuju ke kaunter automatik yang disediakan terletak berhampiran dengan eskalator. menuju cepat-cepat ke salah sebuah kaunter yang kosong kerana kebanyakan kaunter automatik dipenuhi dengan pelajar-pelajar asrama perempuan kebanyakannya. mereka bertudung labuh. mereka seakan cekap menggunakan perisian komputer yang telah diprogramkan. masing-masing tak sampai seminit telah menunduk sedikit dan mengambil tiket yang telah dicetak di bahagian mulut kaunter tersebut. 

mendapatkan kaunter tersebut, aku menekan skrin sesentuh sambil membaca arahan senyap dari skrin. pilihan aku kadangkala salah, jadi aku menggunakan butang back berulang kali sehingga mendapat rentak dan irama membeli tiket secara layan diri. sedang asyik menekan skrin sesentuh, aku sekali lagi terkejut kiranya menoleh ke kiri, ada kepala besar singgah menongkat dagu di bahu aku. Lokman rupanya. 

Lokman : Dah boleh ke yang?

Aku : Boleh apa? 

dahi berkerut tanda marah, lebih kepada merajuk. huhuhu.

Lokman : Beli tiket kat sini...

Aku : Abang tak bagitau kite pun abang dah tau ni kaunter tiket kan?

smash sekali, bulu tangkis ibaratnya mengenai batang hidung Lokman. Lokman diam sebentar. tangan aku ralit mencuba dan menekan skrin sesentuh pada kaunter. 

Lokman : Bukan macam tu la..... 

perkataan la, yang panjang itu petanda cuba menerangkan kepada aku sesuatu yang aku salah tafsir atau sesuatu yang perlu aku tahu pasal dia. complete pulak penerangan ni. huhu.

Lokman : Abang ni orang kampung. Tukang je pulak, tak pandai guna komputer. Tak reti naik bas, lrt, komuter semua handal macam sayang. Sayang kan buat semua ni dari sekolah rendah. Sebab tu abang tak komen ape-ape. Kang cakap abang tunjuk pandai, kalau salah macam mana? 

sebenarnya ni semua provok. aku faham dah. aku meneruskan pemilihan di skrin sesentuh sehingga muncul paparan tarikh dan waktu tiket yang harus dibeli. ia semua memerlukan keputusan empunya badan.

Aku : Abang nak balik bile? 

tegas nada bertanya. 

Lokman : Takpe, ikot sayang lah. Khonolah karutmu. 

Aku : Abang berbuka dengan kite la esok. Boleh?

Lokman : yela-yela....

aku terus laju-laju menekan skrin memilih waktu perjalanan sebelah malam untuk ke Jeli. selesai. huhuhu. gelak aku dalam hati.

prosedur pembayaran seterusnya tiket dicetak.

lalu aku dengan Lokman berjalan beriringan untuk kembali semula ke kereta dan pulang. sebelum tiba di persimpangan menuju ke lift kami sekali lagi dipertemukan dengan pakcik SPAD.

pakcik SPAD : selesai ke dik?

Lokman mengangguk dan memberitahu butir pembelian waktu tiket dan sebagainya.

pakcik SPAD : okey la kalau macam tu, kan pakcik cakap celik IT ni senang. kalau beratur belum tentu dapat beli. sekarang cuti sekolah.

Lokman dan aku senyum.

pakcik SPAD : ni dengan makwe lepas ni nak balik ke?

soal pakcik tersebut mengundang senyum dan ketawa kecil buat aku.

Lokman : eh pakcik, ni isteri saya la.

ujar Lokman berlalu pergi meninggalkan aku di belakang dan aku terus menunduk kepada pakcik SPAD sebagai tanda terima kasih dan pergi dulu. aku mengejar langkah Lokman sedikit berlari.

apabila sebaris dengan Lokman, Lokman terus memaut bahu aku dan berjalan beriringan.

Lokman : kalau jalan macam ni barulah orang pk suami-isteri kot....

hahaha. aku rasa bangga jap sebab orang rasa aku belum kahwin. 

ok. sekian. takde sambungan lagi selepas ni.

kbai. 

12 ulasan:

  1. Yeke takde sambungan. Takpe, aku tunggu episod seterusnya drama korea versi melayu tipikal ni. Hahahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu. Episod tbs dah habis. Berpindah ke episod yang lain pula.

      Padam
  2. Ek eleh... sukalah tu Mas org ingat macam masih belum kawin hihi...
    En Lokman mesti ketawa besar.
    Budak-budak yg duduk jauh dgn mak-ayah memanglah expert bab guna sistem IT Mas
    Dah tentu-tentu setiap kali pergi balik kena beli tiket. Pergi pun ramai-ramai mestilah dah expert.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.... Generasi Y memang expert. Sekejap je dah pandai. Tu la kelebihannya duduk asrama. Survive.

      Padam
  3. macam tak kawen lagi bermakna masih nampak belasan tahun...awet muda tu

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha. Nampak mcm sekolah lagi kan...

      Padam
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  5. Wah, korea la kisah ko ni CIk Punzel. Aku tumpang bunga2 juga. Heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp aku rasa semua suami isteri dalam dunia ni memang macam tu. bukan macam dalam korea tu. hahahaha

      Padam
  6. beli kat mesin tiket tu kadang2 ramai gak org beratur., huhu2

    BalasPadam
  7. Macam pasangan bercinta dari kaca mata pakcik tu :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.