Pengikut (Blogspot)

Rabu, 29 Julai 2015

tin kosong (10) : menyamping

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...

Cerita pakcik SPAD akan bersambung selepas dari entri ni. Huhuhu. Masa puasa menjelang akhir-akhir takde mood nak menulis, melukis dan mencari idea. Full stop. Sama macam sekarang ni.

Sambil menunggu Shida membuat prosedur mengeluarkan wang secara tunai di "Cina India Melayu Bank" di Pasar Borong Kuala Lumpur. Aku lihat suasana sesak. Hmm, aku adalah mangsa keadaan. Sebagai seorang yang mampu mengendalikan kereta manual dengan baik. Aku terpilih sebagai peneman Shida di kawasan yang agak sibuk. Tugas sampingan mengalihkan kenderaan jenis Kancil 660 cc jika diperlukan. Sebagai upah, aku dapat penghawa dingin percuma dari kereta sewaktu menunggu di dalam kereta.

Aku ralat, apabila menaip di tablet ini aku sebenarnya hilang fokus pada persekitaran. Oleh kerana yang demikian maka, aku terlepas satu ruang tempat letak kereta yang sah di sisi undang-undang pihak berkuasa tempatan atau nama lainnya Majlis yang telah diambil oleh sebuah kereta buatan Jepun yang tiba selepas aku.

Lalai beberapa minit pun, peluang itu boleh berpindah milik.

Eh? Melalut.

Kbai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.